web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Dapat Sokongan Wajar Daripada FINAS, Gelanggang Awesome Raja Lawak Terpaksa Tukar Lokasi 

Program realiti yang sepatutnya membuka tirainya secara rasmi di di studio FINAS, Hulu Kelang pada 7 September ini ini bertukar lokasi di Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 12:00PM

Barisan hos dan juri Awesome Raja Lawak - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program realiti pencarian bakat komedi, 'Awesome Raja Lawak’ telah dijadualkan untuk membuka tirainya secara rasmi di Studio FINAS di Hulu Kelang pada 7 September. 

Namun, disebabkan tidak menerima sokongan wajar daripada pihak perbadanan tersebut, Awesome TV terpaksa menukar lokasinya di saat-saat akhir dan lokasi baharu yang dipilih adalah Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara. 

Bahkan, Awesome TV juga memaklumkan bahawa perubahan lokasi itu juga disebabkan oleh kekangan prosedur tidak mesra industri yang ditetapkan FINAS. 

Dalam kenyataan akhbar yang dikongsi kepada pihak media, pihak Awesome TV mendakwa sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim telah berusaha membantu sedaya upaya untuk memudahkan urusan Awesome TV. Namun begitu, isu birokrasi di FINAS dilihat tidak membantu beliau berbuat demikian. 

Antara wajah yang bakal menghiasi Awesome Raja Lawak. - Gambar fail
Antara wajah yang bakal menghiasi Awesome Raja Lawak. - Gambar fail

"Sebagai sebuah stesen penyiaran baharu di negara ini, pihak Awesome TV merasakan FINAS yang merupakan salah satu pemain utama industri seni tanah air khususnya perlu berubah untuk turut sama membantu memacu kecemerlangan demi pertumbuhan dan kepentingan industri,” kata Awesome TV. 

Terdahulu, pada sidang media ‘Awesome Raja Lawak’ baru-baru ini, Awesome TV telah mengumumkan 14 barisan peserta (merangkumi empat peserta solo, enam peserta duo dan empat peserta trio), dan tenaga pengajar beserta hos dan juri program. 

Peserta solo terdiri daripada Azhar, Kanmani, Hanif dan Zunny manakala peserta duo yang terpilih pula adalah Kumpulan Soda, Se’eh, Sedare, Mabo, Manja dan Beduk. Sementara peserta trio pula dibarisi Kumpulan Kacau, Semmat, Pelan dan Sesah.

Barisan penghibur versatil popular iaitu Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap. - Gambar fail
Barisan penghibur versatil popular iaitu Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap. - Gambar fail

Barisan penghibur versatil popular iaitu Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap untuk mengadili pertandingan ‘Awesome Raja Lawak’.

Pelawak Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke pula dilantik sebagai tenaga pengajar atau Mentor, sementara Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan Chilok akan mengemudi pentas utama sebagai pengacara. 

Biarpun format pemarkahan akan diadili 100 peratus juri tetap, namun penonton diberi peluang memilih pemenang mingguan ‘Man of the Match’ menerusi undian atas talian, di IG Awesome TV Malaysia. 

Peserta yang mendapat undian tertinggi pada minggu tersebut akan diumumkan sebagai pemenang "Man of the Match” di pentas 'Gelanggang Awesome Raja Lawak'. Dalam pada itu, peserta yang mendapat markah keseluruhan terendah pula akan disingkirkan. 

'Gelanggang Awesome Raja Lawak’ minggu pertama akan dibuka dengan tema 'Bebas’ yang mana kesemua peserta diberi peluang untuk mempersembahkan kreativiti masing-masing menerusi naskhah sketsa terpadu mereka. - Getaran, 5 September 2022 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN