web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencipta 'Under One Roof', 'Phua Chu Kang' Meninggal Dunia Selepas Bertarung Dengan Barah

Selain 'Under One Roof' dan 'Phua Chu Kang', Andrea Teo juga pernah menghasilkan 'The Ra Ra Show', yang menampilkan pelawak Kumar.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 7:23AM

Mendiang Andrea Teo - Gambar BeritaMediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA: Andrea Teo, pencetus sitkom-sitkom popular Singapura seperti Under One Roof dan Phua Chu Kang Pte Ltd, meninggal dunia pada Khamis (25 Ogos) selepas bertarung dengan barah. Mendiang berusia 56 tahun.

"Tiada tawa hari ini sedang 'Ratu Komedi Singapura' meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit selama dua tahun," jelas kenyataan daripada keluarga 'Under One Roof' kepada media.

Ia juga menggelarnya sebagai "pencetus inovasi dan seseorang yang membuka jalan" bagi dunia hiburan. Sebelum memikat penonton pada tahun 90-an dengan keluarga-keluarga Tan Ah Teck dan Phua Chu Kang, Teo mengarahkan sketsa komedi 'The Ra Ra Show' yang menampilkan pelawak Kumar.

Menurut kenyataan itu, "Andrea mewujudkan genre sitkom Inggeris di Singapura sebagai sesuatu yang tetap dalam hiburan tempatan dengan program seperti 'Happy Belly', 'Three Rooms', 'My Grandson The Doctor', 'Money' dan 'Phua Chu Kang Pte Ltd', di mana beliau melatih dan mendidik seluruh generasi pengarah TV, penyelaras produksi dan penulis skrip tempatan."

Pelakon Koh Chieng Mun, yang membintangi 'Under One Roof' sebagai Dolly, berkata Teo "sentiasa mencabar batasan" kerana beliau "yakin untuk mewakili identiti Singapura".

Mediacorp turut mengeluarkan kenyataan, "Kami berasa amat bersedih atas pemergian rakan kerja lama kami, Andrea Teo. Beliau akan sangat dirindui oleh semua yang pernah bekerja dengannya.

"Andrea sangat dikenali dan dihormati menerusi karyanya bagi komedi yang digemari ramai, seperti 'Under One Roof' dan 'Phua Chu Kang'. Ia satu kehilangan yang menyedihkan dan kami menyampaikan takziah mendalam kepada keluarga dan rakan-rakan Andrea." - Beritamediacorp

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...