web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dari Korea Selatan Untuk Tontonan Anda April Ini

Buat para peminat siri serta filem Korea Selatan, dua platform penstriman gergasi, Netflix dan Viu bakal menayangkan beberapa tajuk menarik bulan April ini.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 8:45AM

Gambar: Netflix dan Viu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem

Gambar: Netflix Malaysia
Gambar: Netflix Malaysia

Night in Paradise (Netflix)
Filem ini adalah satu-satunya filem Korea yang ditayangkan di luar pertandingan sewaktu 77th Venice International Film Festival. Ia mengisahkan seorang lelaki yang menjadi sasaran geng penjenayah dan kemudiannya bertemu seorang wanita yang berada di titik paling hujung nyawanya. Filem ini menjanjikan jalan cerita yang mendebarkan dan lakonan hebat oleh Um Tae-gu (The Age of Shadows dan The Great Battle), Jeon Yeo-been (After My Death) serta Cha Seung-won (Believer).


Siri TV

Gambar: Viu Malaysia
Gambar: Viu Malaysia

'Great Real Estate' (Viu)
Great Real Estate ialah sebuah siri supernatural tentang Hong Ji Ah, pemilik agensi hartanah dengan kebolehan ‘istimewa.’ Bukan sahaja dia cantik dan bijak malah mempunyai deria keenam dan mampu menghalau roh jahat. Dengan kebolehan ini, dia membeli hartanah ‘bermasalah’ dan menjualnya kembali. Watak Hong Ji Ah dimainkan oleh Jang Na Ra ('Empress’ Dignity,' VIP) dan penyanyi utama kumpulan CN Blue, Jung Yong Hwa. Siri ini diarahkan oleh PD Park Jin Suk ('School 2017')

Gambar: Viu Malaysia
Gambar: Viu Malaysia

'Summer Guys' (Viu)
Ini khas untuk peminat idol. Siri eksklusif Viu ini ialah adaptasi Korea muzikal Coyote Ugly. Ia menceritakan tentang kehidupan empat anak muda yang bekerja bersama untuk menghidupkan kembali sebuah bar di tepi pantai. Siri muzikal ini dibintangi oleh Jeong-shin (CNBlue), Shin Won-ho (Cross Gene), Kwon Hyun-bin (JBJ), Kang Mi-na (IOI, GuGuDan) dan Lim Na Young (IOI, Pristeen).
 
 

Gambar: Viu Malaysia
Gambar: Viu Malaysia

'Dark Hole' (Viu)
'Dark Hole' menceritakan sebuah bandar bernama Muji yang diselimuti asap hitam dan menukarkan penduduk bandar itu menjadi raksasa berbahaya. Lee Hwa Dun, seorang detektif ditugaskan untuk menyiasat fenomena ini dan bergabung tenaga dengan bekas detektif Yoo Tae Han untuk melawan raksasa-raksasa ini. 'Dark Hole' dibintangi Lee Joo Hyuk ('Forest of Secrets,' '365: Repeat the Year' dan 'Designated Survivor: 60 Days'), Kim Ok Bin ('Children of a Lesser God' dan 'Arthdal Chronicles') dan Park Ha Eun. Penulis skrip Jung Yi Do juga telah menulis drama-drama thriller lain seperti ‘Save Me’, ‘Item’ dan ‘Strangers from Hell.’ - Getaran, 6 April 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...