web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Azri Iskandar, Tolong Panggil Saya Azri Alexander!

Sebab lain, Azri ingin menggunakan nama baharu Azri Alexander adalah kerana ia bersifat komersial dan mampu membantunya untuk mencuba nasib di pasaran antarabangsa.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 12:00PM

Azri Iskandar mahu dikenali sebagai Azri Alexander.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Azri Iskandar yang baru sahaja bercerai dengan isterinya, Elly Suriaty Omar memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu lagi menggunakan nama Azri Iskandar, sebaliknya ingin dikenali dengan nama lain.

“Mulai hari ini saya ingin mengumumkan bahawa Azri Iskandar sudah tiada lagi dan saya kini mahu dikenali sebagai Azri Alexander.

“Kasihan arwah ibu saya. Susah-payah dia bagi nama Azri Iskandar itu kepada saya tapi nama itu pula asyik kena kecam netizen sahaja.

“Sebab itulah, saya mahu tukar nama Azri Iskandar itu kepada Azri Alexander,” katanya.

Menurut Azri lagi, sebab lain dia ingin menggunakan nama baharu Azri Alexander adalah kerana ia bersifat komersial dan mampu membantunya untuk berada di pasaran antarabangsa.

“Sekarang ini, saya mendapat energi dan ilham baharu. Jadi, sudah sampai masanya untuk saya menukar nama menjadi lebih komersil lagi.

“Lagipun, ramai pelakon lain yang berbuat begitu dan ia juga boleh membantu untuk saya keluar ke pasaran antarabangsa,” katanya lagi.

Azri juga memberitahu bahawa dia juga bakal membintangi sebuah projek drama bersiri mega bersama Datuk Rosyam Nor untuk saluran Astro Ria.

“Sekarang ini saya sedang menjayakan drama Ku Punya Hati yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3. Tak lama lagi drama itu akan berakhir,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 9 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Nama 2 Kementerian Dalam Kabinet Sabah Ditukar

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Perkahwinan Kami Jadi, Tapi Bukan Waktu Sekarang -  Tunang Azri Iskandar Jelaskan Status Kahwin Mereka

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Anak-Anak Marah, Azri Iskandar Tak Jadi Tukar Nama!

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Azri Iskandar Sudah Bertunang Dengan Datuk Seri Dr Azra Diera 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN