web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nama 2 Kementerian Dalam Kabinet Sabah Ditukar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 9:13PM

Hajiji berkata jemaah menteri Kabinet Sabah meluluskan pertukaran nama itu supaya objektif, fungsi dan peranan kementerian menjadi lebih jelas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk menukar nama Kementerian Pertanian dan Perikanan Negeri kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, manakala nama Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri pula ditukar kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mengumumkan perkara itu berkata jemaah menteri Kabinet Sabah meluluskan pertukaran nama itu supaya objektif, fungsi dan peranan kementerian menjadi lebih jelas, khususnya mengenai keterjaminan makanan dan kepentingan usahawan termasuk usahawan kecil dan sederhana.

“Dengan rombakan Kabinet negeri dan penstrukturan semula kabinet Persekutuan, kerajaan negeri juga memutuskan untuk menyelaraskan bidang kuasa setiap anggota kabinet negeri kepada Kementerian Persekutuan masing-masing di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu katanya kerajaan negeri juga telah melantik beberapa pengerusi penganjur untuk pelbagai sambutan dan acara perayaan yang dirancang di negeri Sabah.

Menurutnya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dilantik menjadi pengerusi penganjur sambutan Maulidur Rasul, Tilawah Al-Quran, Maal Hijrah dan Hari Raya Aidil Fitri, manakala Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan diberi tanggungjawab sebagai pengerusi Sambutan Pesta Kaamatan.

Selain itu Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun diberi peranan menerajui penganjuran sambutan Hari Kebangsaan; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew bagi penganjuran Hari Malaysia; manakala Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam bagi sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang Dipertua Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kapayan Jannie Lasimbang pula dilantik menjadi Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa Sabah (KPD), dan beliau menerajui agensi negeri di bawah MAFFI itu berkuat kuasa dari 19 Januari lepas.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan Presiden Parti Bersatu Sabah yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) hari ini.

Ongkili, yang mempunyai pengalaman luas dan pernah menerajui beberapa kementerian peringkat persekutuan berkata beliau akan menggunakan seluruh kepakarannya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ECoS dan industri tenaga di Zabah.

“Kita akan pastikan sebarang isu berkaitan dengan ECoS dilaksanakan untuk kebaikan negeri Sabah dan penduduknya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan