web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkahwinan Kami Jadi, Tapi Bukan Waktu Sekarang -  Tunang Azri Iskandar Jelaskan Status Kahwin Mereka

Kena kerja dahulu, ada jodoh tidak ke mana sebab memang sudah terikat dengan janji pun – Azra Diera 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 3:00PM

Azra dan Azri sama-sama sedang berusaha ke arah pernikahan. - Gambar dari fail 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, kecoh apabila aktor Azri Iskandar bakal mengahwini seorang komposer, penulis skrip dan penulis lagu, Azra Abdul Hamid, 32, yang berpangkat Datuk Seri serta memiliki ijazah kedoktoran setelah mereka berkenalan pada hujung Mei. 

Namun selepas hampir dua bulan, nampaknya kisah hubungan dan perkahwinan mereka ini seolah-olah seperti berlalu pergi begitu sahaja. 

Azri Iskandar - Gambar dari fail
Azri Iskandar - Gambar dari fail

Biarpun Azri ada menyatakan bahawa dia sudah pun bertunang dengan Azra, namun ramai yang ingin tahu bilakah mereka akan bernikah dan menamatkan segera spekulasi mengenai identiti sebenar Azra. 

Menjelaskan perkara ini, Azra berkata, baik dia mahu pun Azri, mereka sedang sama-sama berusaha untuk ke arah itu (pernikahan). 

“Insya Allah. Perkahwinan kami jadi. Tapi bukan pada waktu sekarang. Banyak persiapan nak kena buat.

“Lagi pun, ini pertama kali saya menikahkan? Takkan nak buat macam ala koboi je. Masing-masing sedang usahakan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan bersama. 

“Ekonomi pun masih lagi merundum disebabkan Covid dan baru sekarang terbuka jalan untuk kembali bernafas. Jadi, kena kerja dahulu. Ada jodoh tidak ke mana sebab memang sudah terikat dengan janji pun.

“Memang kami berdua pun sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kalau tidak dapat jumpa kami akan buat panggilan video,” katanya. 

Gambar dari fail
Gambar dari fail

Menurut Azra lagi, dia juga memahami bahawa Azri perlu membangunkan semula kehidupan dan ekonominya. 

“Saya pun sedang dalam proses pemulihan ekonomi selepas Covid ni. Lama betul company saya tidak boleh buat event dan tidak ada job disebabkan Covid. 

 “Harapkan simpanan duit sahaja yang ada untuk bertahan selama 2 tahun lebih ni. Soal nikah kawin ni kena buat dalam masa tenang dan lapang.

“Tergesa-gesa dalam keadaan ekonomi masih tak stabil takut nanti akan timbul depresi. Kami dah bincang pun hal ni dengan famili saya. Mereka (famili) pun takdelah mendesak. Mereka faham keadaan kami,” katanya. 

Gambar dari fail
Gambar dari fail

Namun begitu, jelas Azra lagi, dia bersyukur kerana ‘job’ Abang (panggilan buat Azri) tidak putus-putus. 

“Alhamdulillah rezeki dia bertambah-tambah. Saya suka  tengok dia gembira bekerja. Hari-hari, dia tunjuk semangat dan mood yang sangat baik, walaupun dia penat. 

“Dia impikan untuk menggenggam anugerah untuk kerjaya di aini. Saya cakap kepada dia, jangan rasa umur terlalu tua untuk capai impian tersebut. 

Azra juga memberitahu bahawa Azri semakin ceria dan semakin menjaga penampilan diri dan kesihatannya. – Getaran, 17 Ogos 2022 


 

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

2

TARA 2 tahun yang lalu

Apa Hukum Cari Jodoh Di Media Sosial? Haram Atau Harus?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

MK K-Clique Kini Sah Bergelar Suami Orang Hanya Dengan Sekali Lafaz

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel