web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak-Anak Marah, Azri Iskandar Tak Jadi Tukar Nama!

Beberapa hari lalu, pelakon Azri Iskandar mahu menukar namanya kepada Azri Alexander gara-gara nama asalnya itu sering dikecam netizen.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 6:39PM

Azri Iskandar tidak dapat meneruskan hasrat menukar namanya jika anak-anaknya tidak bersetuju - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Azri Iskandar tidak jadi menukar namanya kepada Azri Alexander seperti yang telah diumumkannya kepada Getaran baru-baru ini. 

“Anak-anak saya marah saya nak tukar nama. Jadi, saya tukar baliklah kepada nama Azri Iskandar dan tak jadi guna nama Azri Alexander. Saya minta maaf pada semua. 

Menurut bekas suami kepada pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar ini, dia tidak dapat meneruskan hasrat menukar namanya itu kepada Azri Alexander jika anak-anaknya tidak bersetuju. 

“Saya kalau anak-anak tidak setuju, saya tidak boleh buat dan silap saya juga sebab tidak berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak tentang hal ini.

“Yang marah saya sangat tukar nama ni anak saya, Azrell Omar Iskandar (Ayel). Sedih betul saya. 

“Dia cakap nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau pun nak go international, tidak ada salahnya pakai nama tersebut. 

“Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam bidang perfileman, takkan dia nak letak namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander. 

“Saya cakap nama saya tetap Azri Iskandar. Cuma, Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi, dia tidak boleh terima. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar,” katanya. 

Menurut Azri lagi, dia tidak tahu bagaimana penerimaan warga industri seni perfileman apabila dia membuat keputusan untuk menukar namanya itu beberapa hari lalu. 

“Kalau orang industri, mungkin orang mereka tak kisah kot. Sebab, bukan menaikkan atau menurunkan pembayaran mereka pun,” katanya lagi sambil tertawa kecil. - Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ditikam Belakang, Dianiaya Rakan-Rakan Sendiri, Ellie Suriaty Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Sejarah Hitam Farid Kamil

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Komen Saya Bagi Adalah Komen Positif, Apa Masalah Netizen Sampai Nak Kecam Dengan Begitu Biadap? - Ellie Suriaty

4

TARA 3 tahun yang lalu

Kita Harus Beri Kemerdekaan Kepada Bakat Seni Untuk Berkarya Dan Cetuskan ‘Signature’ Mereka – Ellie Suriaty 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan