web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azri Iskandar Sudah Bertunang Dengan Datuk Seri Dr Azra Diera 

Menurut Azri lagi, pertemuan bersama ibu dan bapa Azra itu hanyalah untuk merisik dan ia kemudian akan disusuli dengan pinangan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 4:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia bakal penulis skrip, Dr Azra Diera yang juga bergelar Datuk Seri sebelum 23 Jun lalu, kini ramai tertanya-tanya apakah status terkini hubungan aktor Azri Iskandar dengan teman wanitanya itu? 

Sewaktu dihubungi, Azri Iskandar mengakui bahawa dia sudah pun bertemu keluarga Azra Diera untuk merisik kira-kira dua minggu lalu, pada hari Jumaat di Perlis. 

“Kami dah bertunang dah saya sudah memberikan cincin buat Azra,” kata Azri kepada Portal Getaran. 

Menurut Azri lagi, pertemuan bersama ibu dan bapa Azra itu hanyalah untuk merisik dan ia kemudian akan disusuli dengan pinangan. 

“Sepatutnya, ibu saudara saya ikut sama untuk merisik dan terus meminang. Tapi, disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan, perkara itu terpaksa ditangguhkan dahulu. 

“Ibu saudara saya sebelum ini menghidap kencing manis sehingga terpaksa memotong ibu jari kanan dan sekarang ini dia disahkan menghidap kanser pula. 

“Sebab itulah, dia tidak dapat ikut dan tidak dapat melakukan pinangan. Walhal, dia yang beriya-iya mahu pergi berjumpa keluarga Azra,” katanya lagi. 

Jelas Azri lagi, dia tidak tahu bagaimana keadaan ibu saudaranya selepas ini. 

“Mungkin juga saya terpaksa mencari ibu saudara yang lain untuk meminang Azra,” tuturnya. 

Sambung Azri lagi, saat ini, dia masih lagi sibuk dengan syuting dan jika ada waktu terluang dia akan menguruskan segala dokumen yang diperlukan. 

“Banyak benda nak buat. Surat permohonan nikah pun saya belum uruskan,”jelasnya.  

Perkenalan Azri dan Azra bermula atas hubungan kerja, namun mula bertemu dan berkenalan pada 29 Mei yang lalu iaitu seminggu lebih selepas Azri bercerai dengan bekas isterinya, Ellie Suriaty Omar. 

Belum lama mengenali Azra, hati Azri dikatakan benar-benar telah terpaut dengan Azra sehingga memaklumkan mahu bertemu keluarga Azra untuk datang merisik sebelum 23 Jun. 

Susulan daripada itu, ramai netizen yang menuduh Azri curang dan mengaitkan Azra sebagai punca perceraiannya dengan Ellie. Tambah panas, apabila seorang lagi wanita mendakwa bahawa Azri telah melamarnya selepas tiga hari bercerai dengan Ellie. 

Kisah Azri tentang perceraiannya menjadi lebih sensasi apabila ramai yang mendakwa bahawa Azra adalah seorang scammer berikutan latar belakangnya yang penuh misteri.  Identiti terus  menjadi tanda tanya dan dia dikatakan hanya berselindung di sebalik nama samaran, Azra Diera. 

Namun, Azri menyangkal segala dakwaan tersebut dan dia juga mengakui bahawa Azra adalah seorang Datuk Seri dan memiliki ijazah kedoktoran. - Getaran, 4 Julai 2022

Gambar: Fail 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Syed Saddiq, Bella Tunang Hari Ini, Mohon Doa Orang Ramai 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN