Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kenapa Filem Mat Kilau Jadi Fenomena, Digilai?, Ini 8 Sebab Utamanya! 

Dengan kutipan terkini sebanyak RM84 juta dalam tempoh 27 hari, Mat Kilau tidak terlepas daripada menerima kritikan hebat. Tapi, mengapa ia jadi fenomena luar biasa? 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 2:46PM

Adi Putra mendengar dengan teliti arahan Syamsul Yusof ketika penggambaran. - Gambar dari Instagram Syamsul Yusof

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memang luar biasa sungguh penangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof dalam kalangan peminat filem tempatan Melayu. 

Selain mencipta sejarah kerana meraih kutipan sebanyak RM84 juta dalam tempoh 27 hari (mengikut laporan terkini), Mat Kilau turut menumpaskan deretan filem dalam kategori ‘All Time International Malaysia Box Office’ termasuklah The Avengers, Jurassic World, Spiderman dan Black Panther. 

Bahkan, ia turut mencetuskan pelbagai fenomena termasuk menjadi penyebab viralnya semula lagu Mentera Semerah Padi ciptaan dan nyanyian Datuk M Nasir. 

Gambar fail
Gambar fail

Tidak cukup dengan itu, Mat Kilau juga tidak lepas daripada menerima kritikan hebat apabila kandungan naratifnya dianggap tidak berlandaskan fakta sejarah yang tepat, bahkan dianggap rasisme kerana memperlihatkan watak-watak bukan Melayu Islam dengan imej yang buruk. 

Kritikan hebat lain termasuk dari sudut bahasa yang digunakan terlalu moden dan tiada penggunaan dialek Pahang, props dari sudut pakaian yang nampak baharu serta kerja-kerja kamera yang dianggap lemah serta kurang nilai sinematiknya.

Namun, di sebalik, segala ketidaksempurnaan itu, berduyun-duyun masyarakat tempatan menonton filem ini termasuk dalam  kalangan bukan Melayu.  

Apapun, mari kita lihat sebab-sebab mengapa Mat Kilau terbitan syarikat Kembara Studio ini menjadi fenomena sehingga ada di kalangan penonton yang sanggup menontonnya lebih daripada sekali. 

Kredibiliti Syamsul Yusof 

Sebab yang utama adalah pengarahnya sendiri iaitu Syamsul Yusof. Anak kepada pengarah veteran tersohor, Datuk Yusof Haslam ini telah menghasilkan lebih daripada 10 filem dan membina penjenamaan yang kukuh sebagai seorang pengarah filem. 

Bermula dengan Evolusi KL Drift, Syamsul dilihat sebagai pengarah muda yang berpotensi untuk menzahirkan pembaharuan di dalam karya-karya filemnya dan sudah mula mengumpul pengikut-pengikutnya sendiri. 

Syamsul Yusof - Gambar fail
Syamsul Yusof - Gambar fail

Berjaya memenangi beberapa anugerah di Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia, Syamsul juga turut meraih Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-57 di Cambodia untuk filem seram religi, Munafik. 

Syamsul turut mencatat sejarah apabila filem Munafik 2 arahannya berjaya meraih kutipan sebanyak RM48 juta di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. 

Trek rekod baik Syamsul karya filem, pengarahan dan kutipan filemnya telah mewujudkan kepercayaan untuk peminat mengikuti setiap filem baru arahannya di pawagam.

Mat Kilau 

Seorang tokoh pahlawan daripada Pahang yang mempunyai subjek menarik untuk diperkatakan kerana keberanian beliau menentang penjajah British. 

Mat Kilau juga memiliki ilmu persilatan dan ilmu kebatinan yang handal dan ada sebahagian daripada ilmu tersebut yang dituntut daripada ayahnya sendiri, Tok Gajah (juga seorang tokoh pahlawan) 

Allahyarham Mat Kilau - Gambar dari Wikipedia
Allahyarham Mat Kilau - Gambar dari Wikipedia

Dek kerana keberaniannya menentang British, beliau dianggap penderhaka dan turut menjadi buruan British yang berusaha untuk menangkapnya. 

Sejak filem Mat Kilau muncul, ramai yang sudah mula membuka buku sejarah untuk mendalami riwayat perjuangan tokoh pahlawan hebat ini. 

Filem Sejarah Tokoh Pahlawan Yang Disulam Agama dan Aksi 

Sebelum ini, sudah ada filem sejarah yang mengangkat tokoh pahlawan Melayu. Namun, kelebihan yang ada pada Mat Kilau adalah kerana ia juga turut disulam elemen agama dan aksi yang digabung dengan cukup baik sekali. 

Gambar fail
Gambar fail

Apa yang menarik juga, filem ini turut menampilkan wanita-wanita Melayu dalam keaadan yang sopan serta tertib dan tidak ada babak-babak cinta yang memerlukan pelakon lelaki berpegang tangan atau memeluk wanita. 

Barisan Pelakon Hebat 

Kejayaan sesebuah filem juga bergantung kepada lakonan hebat pelakonnya malah watak Mat Kilau memang sempurna sekali dibawakan Datuk Adi Putra. Fattah Amin memberikan kejutan dengan lakonan yang cukup baik, manakala Beto Kusyairy beraksi dengan cukup cemerlang. 

Antara tonggak utama yang menjayakan filem Mat Kilau. - Gambar fail
Antara tonggak utama yang menjayakan filem Mat Kilau. - Gambar fail

Lakonan Ellie Suriaty walaupun hanya untuk dua babak tetap memberikan impak, manakala aktor Indonesia, Yayan Ruhian turut memberikan nyawa di dalam filem ini. 

Pelakon-pelakon hebat dan berkaliber lain seperti Namron, Wan Hanafi Su, Shaharuddin Thamby, A Galak Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Rahim Razali turut menghidupkan watak masing-masing dengan begitu berkesan. 

Dialog 

Skrip filem ditulis Shahruddin Dali iaitu salah seorang penerbit kembara Studio dan olahan lakon layarnya dihasilkan Shahruddin bersama Syamsul sendiri. Ya, dialognya mungkin agak sedikit berjela. 

Namun, penggunaan bahasa dan pengisiannya cukup sarat dengan mesej-mesej yang dahsyat tentang adab dan semangat Melayu dan Islam. 

Ia juga dapat meningkatkan semula jati diri kita supaya kembali kepada apa yang telah kita hilang selama ini dan berbangga dengan siapa kita serta asal-usul kita selama ini. 
 

Membakar Semangat Nasionalisme & Patriotisme 

Beberapa babak yang ditonjolkan bersama dialog-dialog yang mengesankan memang mampu membakar semangat kita untuk mempertahankan kedaulatan Melayu dan Islam itu sendiri serta bumi Malaysia yang tercinta ini. 

Ia mampu mengingatkan kita betapa sukarnya perjuangan orang-orang dahulu menentang penjajah British yang mahu mengaut kekayaan hasil bumi kita yang dilimpahi dengan pelbagai sumber asli. 

Penggunaan Tanjak Tarik Perhatian 

Tanjak disifatkan sebagai lambang jati diri dan keperibadian Melayu. Sebelum ini, memang sudah ada trend memakai tanjak di kalangan pemuda Melayu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Pemakaian tanjak yang dulunya satu trend kini menjadi kebanggaan. - Gambar fail
Pemakaian tanjak yang dulunya satu trend kini menjadi kebanggaan. - Gambar fail

Namun, selepas filem ini keluar, semakin ramai yang mahu mengenakan tanjak dan memakainya juga menjadi satu kebanggaan. 

Secara tidak langsung, ia turut membantu untuk mereka terus mengekalkan tradisi budaya Melayu agar tidak lapuk dek panas dan tidak lekang dek hujan. 

Persilatan Hebat, Cukup Mengesankan 

Siapa pun yang menonton filem ini pasti teruja dengan babak-babak aksi silat yang ditonjolkan dengan begitu pantas dan hebat sekali. Kehadiran Yayan di dalam filem ini turut membantu dari segi koreografi aksi silat itu sendiri. 

Beto Kusyairy (kiri) dan Yayan Ruhian. - Gambar fail
Beto Kusyairy (kiri) dan Yayan Ruhian. - Gambar fail

Hal ini telah menimbul keghairahan ramai untuk bersilat. Bahkan, ada laporan yang mengatakan ramai ibu bapa yang mula sibuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk mendalami dan mempelajari seni persilatan Melayu.

Ini juga satu petanda yang baik dalam usaha kita untuk terus memelihara dan mengekalkan seni warisan bangsa kita ini. - Getaran, 24 Julai 2022

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Putin, Filem Biografi Yang Belum Pernah Diterbitkan 

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 22 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar