web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Meludah Jubah Agama, ‘Penunggang Agama’ Sindir Siapa?

Kembali mengulas dan menyokong karya anak tempatan, kali ini kami bawakan filem 'Penunggang Agama' yang mengilai-ngilai di layar.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Betapa terujanya kita melihat satu demi satu filem karya anak tempatan hadir memeriahkan industri hiburan setelah lama terperangkap dalam kesuraman akibat pandemik yang melanda dunia. Syafiq Yusof hadir dengan buah tangan terbaharu filem genre seram Islamik pertamanya iaitu Penunggang Agama. 

Mendengar tajuknya sahaja sudah menangkap perhatian sekali gus memberi bayangan ini bukanlah kisah cinta klise cinta dua darjat yang dipisahkan keluarga. Temanya berat mengupas golongan yang kononnya alim namun rupa-rupanya menggunakan imej bersih itu untuk kepentingan peribadi. 

Sentimen terhadap agama adalah jalan mudah untuk mempengaruhi sesiapa. Jika seseorang itu bergelar ustaz, ustazah atau alim ulama. Mereka secara tidak langsung memiliki reputasi dan segala tanggapan baik masyarakat. Tak salah dianggap baik oleh sesiapa. Silapnya adalah wujudnya golongan ulama jadi-jadian yang selamba memijak imej agama serta memanipulasikan gelaran. 

Pijak imej agama

Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-25 itu menuliskan isu ini melalui kisah pasangan suami isteri iaitu Anna dan Amir lakonan cemerlang Azira Shafinaz dan Zul Ariffin berperang dengan sihir yang dihantar untuk mengganggu kebahagiaan keluarga besar mereka.

Penonton bakal disajikan dengan insiden rasuk-merasuk dan beberapa ayat Ruqyah yang memang dibacakan pengamal perubatan alternatif untuk melawan sihir dan mengelak gangguan jin. Ertinya, skrip ini benar-benar ditulis setelah kajian dilakukan.

Dalam sesi sidang media, Syafiq membuat pengakuan bahawa dia sendiri pernah bertemu dengan individu yang kononnya pakar agama namun rupanya yang telunjuknya lurus namun kelingking berkait. Mari kita sorot kembali beberapa kes orang menunggang agama yang pernah muncul dalam kalangan masyarakat kita.

Pada tahun lalu terdapat kes seorang wanita yang mengalami masalah kesihatan. Bapanya membawa wanita berkenaan untuk mendapatkan rawatan seorang ‘wali’. Mereka percaya, jika tidak berubat dengan wali ini, maka mereka akan dilanda bala. Sesi rawatan memerlukan wanita itu berbogel dan memejamkan mata. Kemudian mangsa tak tahu apa yang terjadi kecuali kemaluannya sakit. Rupanya dia telah dirogol. 

Bukan itu sahaja, banyak kes menyaksikan produk ditampal dengan perkataan seperti ‘dibaca ayat Quran’ sebagai gimik pemasaran. Entah macam manalah ayat Quran itu dibacakan kepada berpuluh ribu produk yang disimpan dalam gudang. Bila difikir-fikir sungguhlah tidak logik.

Benda paling kecil yang sering dilakukan ialah apabila menjadi individu warak namun bibirnya tak lekang dari mengumpat orang lain macam dia sahaja yang suci dari dosa dan azab neraka. Tak kisahlah dari orang biasa sampailah kepada pemimpin boleh kita lihat sikap ini. 

 

Penunggang Agama ke layar televisyen

Menghasilkan karya dalam bajet yang diperuntukan serta menjalankan pengambaran dalam kekangan SOP adalah pengalaman baru kepada pengarah itu. Mungkin kerana kekangan-kekangan itulah membuatkan beberapa bahagian di dalam filem ini seperti ada yang kurang.

Fizikal makhluk mistik yang ditampilkan di dalam filem ini juga nampaknya biasa-biasa sahaja. Jalan ceritanya juga mudah dibaca namun tidaklah bermakna ia naskah yang membosankan. 

Bagi naskah seram pertama Syafiq, karya ini wajar dipuji. Kita perlu faham bahawa filem seram Islamik sudah memiliki tanda aras dan kelas tersendiri sebaik sahaja Syamsul Yusof menghasilkan Munafik yang melayakkannya mengungguli Anugerah Festival Filem Asia Pasifik ke-57.

Sudah pasti filem Penunggang Agama yang datang dari genre yang sama akan dibanding-bandingkan. Tiga minit pertama filem ini dimainkan sudah memberi tanggapan bahawa Penunggang Agama memiliki aura yang sangat mirip dengan karya abangnya itu.

Originaliti karya pengarah muda ini dipersoalkan. Tidak tersinggung dengan tanggapan sedemikian, Syafiq mengakui memang mengambil karya Syamsul Yusuf sebagai inspirasi. 

Apapun, tahniah Syafiq atas keberanian dan usaha yang diberikan. Penunggang Agama masih lagi ditayangkan di Astro First sejak minggu lalu, ayuh sokong karya anak tempatan kita! - Getaran, 30 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...