web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FINAS Berhasrat Jadikan Malaysia Lokasi Wajib Pembikin Filem Antarabangsa

Kesemua destinasi menarik di negara ini akan dipromosi menerusi kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Jun 2022 7:59PM

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Profesor Dr Mohd Nasir Ibrahim ketika lawatan ke Borneo Cultures Museum - Gambar Twitter @FinasMy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhasrat menjadikan destinasi menarik di negara ini sebagai lokasi wajib bagi produser filem dan drama antarabangsa menghasilkan penerbitan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata kesemua destinasi akan dipromosi menerusi kerjasama perbadanan itu dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Insya-Allah dengan promosi yang lebih giat, saya yakin lebih ramai lagi produser luar akan datang untuk membuat penggambaran di negara kita," katanya selepas menghadiri program Sembang Santai Bersama Penggiat Industri Kreatif Sarawak di Kuching hari ini.

Beliau berkata dalam kunjungannya ke Bangkok baru-baru ini bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, beberapa produser di Thailand telah menyatakan minat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pembikinan filem dan drama terbaharu mereka.

Katanya minat yang ditunjukkan oleh produser terbabit menggambarkan potensi destinasi menarik di Malaysia terutama keunikan di Sarawak untuk ditonjolkan sebagai tarikan seterusnya menjana pendapatan negara. 

Nasir berkata FINAS sedang memperkemas kaedah latihan yang dianjurkannya bagi membolehkan pemain industri perfileman tempatan menghasilkan ciptaan berkualiti tinggi.

"FINAS, melalui dana pembangunan industri, ada peruntukan untuk persatuan dan syarikat perfileman di Sarawak atau Semenanjung untuk menganjurkan kursus serta latihan bagi mengasah bakat para pelakon, kru dan pengarah," katanya.

Kira-kira 40 penggiat industri kreatif Sarawak yang terdiri daripada penerbit, pengarah, pelakon, penyanyi dan penulis skrip menghadiri program Sembang Santai anjuran FINAS itu. - Bernama

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelaburan Berpotensi Baharu Bernilai RM45.4 Bilion Dari Jerman - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN