Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ulasan 'Mat Kilau': Kita Ini Janganlah Buta Pilih Senjata

Menelan belanja sehingga RM8 juta, filem epik sejarah Mat Kilau hadir setelah kita kekeringan genre ini lebih sedekad.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 4:00PM

Gambar IMDb

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ingat-ingat lupa bagaimana buku teks Sejarah menceritakan tentang kepahlawanan Mat Kilau. Maklumlah, zaman itu hanya sekadar mahu mengingat rangkai fakta kemudian memuntahkannya semula di atas kertas periksa. 

Hari ini, filem Mat Kilau- Kebangkitan Pahlawan hadir, dari ‘ingat-ingat lupa’ kita dibawa berpindah zaman, menyaksikan tempur silat, kebodohan orang-orang di takhta, air mata dan darah luka dari peristiwa bersejarah negara dan bangsa.

Gambar IMDb
Gambar IMDb

Tidak mudah untuk menghasilkan sebuah filem epik biografi sejarah. Ia tidak sekadar perlu menjentik, malah menyalakan sumbu api semangat dalam diri penonton.

Syamsul Yusof, pengarah terbaik Festival Filem Asia Pasifik cukup ‘gila’ memperjuangkan naskhah ini ke khalayak selepas lebih sedekad dunia perfileman kita kekeringan karya bergenre ini sejak Hikayat Merong Mahawangsa pada tahun 2011.

Menelan kos RM8 juta, filem Mat Kilau dibuka sangat cemerlang oleh Ellie Suriati meratapi kematian suaminya yang dibunuh British. Sebelum dia pun mengikut takdir yang sama, Ellie sempat melontar dialog yang tidak panjang, tetapi cukup kuat membuatkan penonton meremang walaupun baru 10 minit tayangan.

Gambar IMDb
Gambar IMDb

Act 1 filem ini bergerak laju, penonton hanyut dalam memahami kehidupan Mat Kilau yang dijayakan oleh Datuk Adi Putra, nama yang kuat membawakan karakter penting ini. 

British sudah mula menjajah Pahang dan banyak kampung sudah diceroboh. Namun masyarakat pada waktu itu berlewah-lewah, saling ragu dan hanya ingin menyelamatkan punggung sendiri dalam keadaan serba genting itu. Maka Mat Kilau dan rakan-rakan iaitu Awang, Wahid dan Brahim menjadi satu-satunya harapan agar mereka semua tak mati di hujung senapang British.

Act 2 lebih rencam dan mencapah. Lebih banyak aksi lari, tumbuk pukul, tembak-menembak dan persilatan diperlihatkan sejajar jalan cerita. 

Beberapa watak lain sangat menonjol pada waktu ini termasuklah watak Awang lakonan Fattah Amin dan semestinya watak Wahid lakonan Beto Kusyairy.

Watak yang dibawakan mereka sangat mengesankan pada bahagian ini termasuklah beberapa babak lain yang menyentuh perasaan seperti isteri Wahid yang sedang sarat mengandung ditikam di bahagian perut oleh British. Di balik semak, Wahid menyaksikan peristiwa sakarat itu. 

Tidak hanya itu, di sinilah juga para pendekar menyusun strategi paling bernas untuk memastikan British tumbang. Apalagi senjata British kelihatan canggih yang boleh membunuh dengan sekelip mata.

Beberapa orang gentar. Mat Kilau hadir, menyuruh bertenang dan mengatakan meskipun senjata British adalah senapang, tapi senjata orang Islam lebih perkasa walau tidak boleh dilihat dengan mata kasar iaitu pertolongan Maha Pencipta.

Pengakhiran cerita ini semestinya yang paling mustahak.  Di sinilah letaknya peluang untuk Syamsul menyuntik rasa terharu dan semangat untuk dibawa pulang penonton.

Gambar IMDb
Gambar IMDb

Berkat kehadiran pelakon aksi antarabangsa, Yayan Ruhian, aksi silat dan gempur Mat Kilau dan kawan-kawan lebih segar, mencengkam dan mendebarkan.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan babak perlawanan dan persilatan antara Yayan Ruhian, Adi Putra dan Beto Kusyairy adalah paling menonjol dalam bahagian ini. 

Memandangkan ia filem yang merakam latar pertengahan tahun 1800, ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi seperti beberapa gaya tudung yang dikenakan pelakon tambahan dilihat tidak sesuai untuk era itu.

Manakala untuk beberapa bahagian aksi dan perlawanan, kadangkala kamera bergegar terlalu kerap menyebabkan penonton tidak dapat memberi fokus sepenuhnya kepada aksi silat yang ditonjolkan. 

Gambar Publisiti Mat Kilau
Gambar Publisiti Mat Kilau

Bukan itu sahaja, mungkin kerana penggambaran filem ini dilakukan sudah bertahun-tahun lamanya, maka kualiti kamera pada waktu itu sedikit berbeza seperti babak pertempuran antara British dan orang kampung yang kelihatan sedikit 'murah'.

Selain garapan, apa yang paling mustahak untuk dilihat ialah beberapa bahagian yang menimbulkan persoalan terhadap mesej yang disampaikan, misalnya babak seorang isteri sedang sarat mengandung ditinggalkan suami seorang diri di rumah.

Isteri itu menangis, merayu dan mengatakan bahawa dalam keadaan seperti itu, dia sangat memerlukan suami. Namun suaminya berkeras. Babak ini secara tidak langsung memberikan mesej yang salah dalam jihad yang ditunjukkan agama kerana menjaga isteri juga adalah satu amanah.

Begitu juga babak di mana seorang lelaki keberatan menyertai kumpulan Mat Kilau kerana ingin menjaga ayahnya yang sakit. Namun Mat Kilau dan rakan-rakan mendesaknya.

Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa Mat Kilau ialah sebuah filem yang penting bukan sahaja untuk membawa kembali semangat kepahlawanan, tetapi menambah koleksi genre filem epik sejarah dalam industri perfileman negara. 

Mesejnya jelas bahawa kemenangan akan selalu berpihak kepada mereka yang bersatu hati dan yakin dengan keesaan Tuhan. Kemenangan tidak berpihak kepada orang yang hanya menikus dan ketakutan. 

Jadi, sokonglah filem kita dan turunlah ke pawagam mulai 23 Jun ini! - Getaran, 23 Jun 2022

Gambar IMDb
Gambar IMDb

3.5 Getar


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 12 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran