web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Produksi Tempatan Nak Tayang Filem, Inilah Masanya - TGV

Pawagam seluruh Malaysia sudah kembali beroperasi. Kini banyak filem luar ditayangkan tapi bagaimana dengan filem tempatan?

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 2:51PM

Gambar: Pexels

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah genap tiga minggu sejak kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dan tayangan filem di seluruh pawagam tanah air sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lampu hijau yang diberikan kerajaan itu nampaknya disambut baik khususnya para kaki wayang dengan standard prosedur operasi (SOP) yang ketat. 

Pengurus besar pemasaran dan jualan TGV, Mohit Bhargava berkata sambutan yang diterima sejak pembukaan semula wayang ini dilihat paling memberangsangkan sejak beberapa siri penutupan panggung sebelum ini.

"Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung kali ini. Dengan melihat segala persediaan dan SOP yang pihak panggung wayang sediakan, maka pengunjung mula rasa selamat dan yakin untuk pergi menonton filem.

"Selain itu, masyarakat kita dilihat sudah faham dan bersedia untuk hidup dalam norma baru sepanjang pandemik ini,” katanya ketika dihubungi Getaran, di sini, hari ini.

Bercerita tentang corak filem yang selalu menjadi pilihan pengunjung, nampaknya filem yang bercorak kekeluargaan adalah yang paling popular setakat ini. 

"Filem Disney Raya and The Last Dragon masih menduduki carta pertama diikuti Monster Hunter. Kami juga menayangkan kembali filem Wonder Woman di pawagam memandangkan filem berkenaan mendapat permintaan tinggi oleh peminat,” katanya.

Dengan corak kehadiran pengunjung yang semakin baik, pihaknya mengalu-alukan sekiranya terdapat produksi tempatan yang sedang mengintai peluang untuk memasarkan filem mereka. 

"Kalau ada produksi tempatan yang ingin menayangkan filem mereka, inilah masa yang sesuai memandangkan kami dijangka menerima lebih banyak filem hit antarabangsa bermula Mei ini.

"Ia sudah tentu bakal memberi saingan sengit kepada produksi tempatan jika mereka menyasarkan untuk menayangkan filem pada waktu tersebut,” katanya. 

Awal bulan ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang dibenarkan beroperasi semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) di beberapa negeri.

Panggung wayang sebelum ini ditutup susulan penularan COVID-19 mengakibatkan kerugian besar kepada pemain industri berkenaan. - Getaran 23 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa