Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Senarai Rancangan Menarik Raya 2022!

Berikut adalah antara rancangan menarik untuk ditonton Lebaran ini!

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 8:58AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wah, siapa sangka Aidilfitri datang sehari awal tahun ini, kan? Maksudnya, lebih awallah kita dapat berkumpul dengan seisi keluarga sambil makan ketupat dan rendang. Bila sudah berkumpul di ruang tamu, mestilah kita nak tonton cerita menarik beramai-ramai.

Jangan risau, dalam artikel kali ini, kami senaraikan antara cerita menarik yang ditayangkan di TV3 sepanjang Syawal ini.

 

Melodi Raya 2022

Dibintangi oleh drama queen Nabila Huda sebagai Nenek Wok, Melodi Raya 2022 membawakan konsep muzikal ‘Melodramadi’ Raya yang berlatar-belakangkan sebuah kampung bernama Kampung Melodi. Di sana dia bakal berkongsi berita-berita panas dan gosip terkini. 

 

Soundstage: Shila Amzah & Friends

Program berdurasi satu jam ini mengisahkan perjalanan kerjaya Shila Amzah sebagai seorang penyanyi dan meraikan muzik bersama-sama dengan rakan-rakannya di industri hiburan iaitu Fara Fauzana, Jihan Muse, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan SOG.

Selain perkongsian menarik daripada Shila Amzah dan rakan-rakannya, saksikan juga persembahan menarik daripada mereka yang membawakan lagu-lagu popular, antaranya, 'Memori Tercipta', 'Patah Seribu', 'Beribu Sesalan', 'Pelukan Angkasa' dan 'Seikhlas Hati', lagu raya oleh Shila Amzah dan SOG bersempena dengan kempen 'Seikhlas Hati' Media Prima.

 

Al Kisah Pak Kodi 5G

Saksikan keletah lucu Pak Kodi dengan dua anak saudaranya, Naim dan Sarah dalam rutin harian yang pasti membuatkan penonton tak kering gusi menontonnya.

 

JKK Raya

Kisah Penduduk Kampung Kalut membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya menjadi lebih dramatik apabila mereka ditemukan kembali setelah sekian lama berjauhan kerana pandemik COVID-19. Antara barisan pelakon yang memeriahkan drama ini ialah Ropie, Ebby Yus, Issey Fazlisham, Sari Yanti, Ain Edruce.

 

Puteri Reunion

Sudah pasti ramai yang merindui telatah lucu Puteri dan rakan-rakannya. Selepas beberapa tahun, Puteri, Nadia, Kamala dan Anita telah melalui pelbagai fasa kehidupan.

Puteri kini semakin matang dan sedang mengejar impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen dan pengusaha butik yang berjaya. 

Namun,masalah yang dialami oleh sahabat lamanya, Kamala dan Anita membuatkan dia turut terjebak dalam kekusutan mereka, apatah lagi dengan kemunculan sepupu Puteri, Rania yang hampir membuatkan hidup Puteri semakin porak peranda!

Roslan mahu menambat hati Puteri semula dan perlu bersaing dengan Hanif.

 

Wan Senja

Wan Senja mengisahkan tentang Hajah Rohimah, seorang guru yang dihormati oleh masyarakat tempatan atas dedikasi dan pengorbanan beliau.

Setelah suaminya meninggal dunia, Hajah Rohimah diselubungi dengan kesunyian dan mula berhadapan dengan masa sukar pada usia senjanya.

Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu, sebagai ibu dan sebagai guru. 

Cintanya sebagai pendidik harus berakhir akibat sakit yang dialami dan bagaimana Hajah Rohimah berhadapan dengan masalah keluarga yang menjarakkan hubungan dengannya akibat keputusan arwah suaminya.

Antara pelakon yang memeriahkan drama ini ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali dan Wan Sharmila.

 

Kerana Aku Isteri Bidaan

Untuk mengelakkan dirinya berkahwin dengan Haji Meon, seorang duda yang sebaya dengan ayahnya, Raina Badrina telah mendakwa dirinya dihamilkan oleh Farel Zafeeq yang tidak bersalah.

Malah, Raina memaksa Farel menikahinya. Pada malam perkahwinan mereka, Raina telah mengaibkan Farel dengan tindakan melarikan diri dengan teman lelakinya, Aznor. 

Malangnya Aznor berniat jahat dan telah bertindak menjualkan Rania ke rumah pelacuran. Rania telah ditemui oleh Farel di sebuah pusat hiburan. Setelah mengetahui apa yang diperlakukan oleh Aznor, Farel cuba membeli Rania dengan rancangan untuk menyeksa Rania.

 

Bisik Bisik Gelora

Jad, seorang pemuda kampung lakonan Redza Rosli yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka ditangkap basah dan terpaksa berkahwin. 

Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan kemudian dipenjarakan. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad.

Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

 

Melur Untuk Firdaus

Firdaus Iskandar lakonan Meerqeen tidak setuju dengan rancangan ibu bapanya untuk berkahwin dengan Melur kerana dia sudah mempunyai teman wanita yang bernama Dee.

Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan tujuh  syarat untuk Firdaus.

Misi Anak Bulan

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak iaitu Aiman, yang terpaksa mengikut ibunya, Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung.

Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila beliau melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya. 

Pada mulanya mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman, tetapi setelah Aiman memberitahu mereka yang Aiman memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja dan mahu berkawan dengannya. 

Ini adalah kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung yang jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu.

Dilakonkan oleh Datin Paduka Eina Azman, Haziq Cilik, Nina Fazurina dan Ezad Lazim. 

Selamat menonton! - Getaran, 2 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Kalaulah TV Tu Jatuh...

2

TARA 4 bulan yang lalu

Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Ini Berbaloi Dimiliki

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

4

Teknovasi 9 bulan yang lalu

5 Elemen TV OLED Dari LG Pasti Buat Anda Teruja!

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran