Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Siri ‘Sex and the City’ Kembali Lagi!

Siapa tidak kenal Carrie Bradshaw dan tiga rakan baiknya, ratu-ratu kota New York dengan kisah dan gaya mereka yang tersendiri. Selepas lama menyepi, mereka kembali lagi. Apa cerita mereka kali ini?

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2021 11:10AM

Gambar: Max Nash, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri terkenal ‘Sex and the City’ kembali lagi! Kali ini ia akan disiarkan di  rangkaian HBO Max dan akan dibintangi oleh semua pelakon asalnya kecuali Kim Cattrall.  

Tetapi siri yang dihidupkan kembali ini tidak akan menggunakan tajuk asalnya. Sebaliknya, menurut pernyataan yang dikeluarkan oleh HBO, siri 10 episod ini akan bertajuk ‘And Just Like That...”. 

Sarah Jessica Parker akan kekal memegang watak protagonis dan pencerita, Carrie Bradshaw. Cynthia Nixon dan Kristin Davis juga akan memegang watak asal mereka, Miranda Hobbes, seorang peguam, dan Charlotte York, seorang peraih seni. Nama Kim Cattrall yang memegang watak Samantha Jones, si pegawai seranta tidak disebutkan dalam pernyataan tersebut. HBO tidak memberikan sebarang sebab kenapa beliau tidak akan turut serta dalam projek baru ini.  

Jalan cerita ‘And Just Like That...’ akan tertumpu kepada kehidupan tiga wanita ini menelusuri dunia percintaan dan persahabatan di usia 50-an. HBO tidak menyatakan tarikh siaran untuk siri ini tetapi penggambaran akan dimulakan di hujung musim bunga di New York.  

Parker yang juga merupakan penerbit, bersama Nixon, Davis dan Michael Patrick King telah memuat naik treler cuitan (teaser trailer) di Instagram Ahad lalu.  

Video singkat berisi montaj kehidupan kota New York dan layar komputer yang perlahan diisi dengan kalimat, “And just like that, the story continues,” membuatkan para peminat seluruh dunia bersorak kegembiraan.  

Siri asal ‘Sex and the City,’ dicipta oleh Darren Star berdasarkan buku yang ditulis oleh Candace Bushnell yang dipasarkan pada tahun 1997. Siri tersebut mula ditayangkan pada 1998 dan ditayangkan selama enam musim. 

Siri itu juga dijadikan dua filem yang ditayangkan pada tahun 2008 dan 2010. Siri prekuelnya, 'The Carrie Diaries,’ disiarkan di rangkaian CW pada tahun 2013 dan ditayangkan selama dua musim.  

Tetapi masih belum dapat ditentukan jika Star akan kembali kepada siri baru ini. Sewaktu mempromosikan siri Netflix ‘Emily in Paris’ Oktober lalu,  beliau memberitahu The Hollywood Reporter bahawa beliau tidak berminat untuk kembali bekerja untuk ‘Sex and the City.’ -AFP, 27 Januari 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'