Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Tiada Dominasi Kulit Putih, Lain Betul Pencalonan Oscar Tahun Ini!

Senarai pencalonan Anugerah Academy (Oscars) baru sahaja dikeluarkan. Memang mengujakan. Jom kita semak senarai pencalonan acara tahun ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 3:21PM

Gambar: A24films.com

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wah, nampaknya pencalonan Oscar tahun ini sangat menarik apabila mula membariskan beberapa calon yang datang daripada pelbagai latar belakang. Ia sangat berbeza dengan pencalonan Oscar yang sebelum ini banyak didominasi oleh mereka yang berkulit putih. 

Antara calon yang menjadi perhatian dan sebutan orang ramai tentunya datang daripada kategori pelakon terbaik. Steven Yuen menjadi orang Asia Amerika pertama yang disenaraikan dalam kategori ini. Selain itu, antara nama lain yang menjadi sorotan orang ramai ialah Riz Ahmed yang berketurunan Pakistan dicalonkan dalam kategori yang sama.

Pelakon kulit hitam, Chadwick Boseman juga tersenarai sekali gus menjadikan kategori pelakon terbaik tidak didominasi oleh pelakon berkulit putih buat pertama kalinya dalam sejarah.

Gambar: Netflix Malaysia
Gambar: Netflix Malaysia

Nampaknya kategori pelakon wanita terbaik juga mengalami perubahan yang sama apabila Viola Davis dan Andra Day tercalon dalam kategori itu. Kategori pelakon pembantu terbaik pula menyenaraikan Daniel Kaluuya dan LaKeith Stanfield dalam pencalonan. 

Variasi ini tidak hanya terhad kepada kategori pelakon sahaja. Bagi kategori pengarah terbaik juga, Chloe Zhao dicalonkan bersama-sama Emerald Fennell. Ini adalah kali pertama lebih dari seorang perempuan dicalonkan dalam kategori ini.

Mia Neal dan Jamika Wilson menjadi wanita kulit gelap pertama yang dicalonkan dalam kategori solekan dan penggayaan rambut terbaik. Manakala filem Judas and Black Messiah menjadi filem pertama yang dihasilkan dengan produksi yang kesemuanya mereka berkulit gelap dalam kategori filem terbaik.

Terdahulu, anugerah Oscar pernah menerima kritikan hebat apabila ada yang mengaitkannya dengan skandal #Oscarssowhite pada tahun 2015 dan 2016. Sejak itu, anugerah berprestij itu mula perlahan-lahan menggandakan jumlah calon wanita di samping mempelbagaikan pencalonan etnik dan kaum. 

Gambar: Netflix Malaysia
Gambar: Netflix Malaysia

Berikut ialah senarai kategori utama pencalonan Anugerah Oscar: 

Filem Terbaik

"The Father"

"Judas and the Black Messiah"

"Mank"

"Minari"

"Nomadland"

"Promising Young Woman"

"Sound of Metal"

"The Trial of the Chicago 7"

Pengarah Terbaik

Chloe Zhao, "Nomadland"

David Fincher, "Mank"

Lee Isaac Chung, "Minari"

Emerald Fennell, "Promising Young Woman"

Thomas Vinterberg, "Another Round"

Pelakon Terbaik

Riz Ahmed, "Sound of Metal"

Chadwick Boseman, "Ma Rainey's Black Bottom"

Anthony Hopkins, "The Father"

Gary Oldman, "Mank"

Steven Yeun, "Minari"

Pelakon Wanita Terbaik

Viola Davis, "Ma Rainey's Black Bottom"

Andra Day, "The United States vs. Billie Holiday"

Vanessa Kirby, "Pieces of a Woman"

Frances McDormand, "Nomadland"

Carey Mulligan, "Promising Young Woman

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Sacha Baron Cohen, "The Trial of the Chicago 7" 

Daniel Kaluuya, "Judas and the Black Messiah"

Leslie Odom, Jr., "One Night in Miami"

Paul Raci, "Sound of Metal"

Lakeith Stanfield, "Judas and the Black Messiah"

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Maria Bakalova, "Borat Subsequent Moviefilm"

Glenn Close, "Hillbilly Elegy"

Olivia Colman, "The Father"

Amanda Seyfried, "Mank"

Yuh-Jung Youn, "Minari"

Filem International Feature Terbaik

"Another Round" (Denmark)

"Better Days" (Hong Kong)

"Collective" (Romania)

"The Man Who Sold His Skin" (Tunisia)

"Quo Vadis, Aida?" (Bosnia)

Filem Animasi Terbaik

"Onward" 

"Over the Moon"

"A Shaun the Sheep Movie: Farmageddon"

"Soul" 

"Wolfwalkers"

Dokumentari Terbaik

"Collective" 

"Crip Camp"

"The Mole Agent"

"My Octopus Teacher"

"Time"

Lakon Layar Terbaik

"Judas and the Black Messiah" - Will Berson and Shaka King

"Minari" - Lee Isaac Chung

"Promising Young Woman" - Emerald Fennell

"Sound of Metal" - Darius Marder and Abraham Marder

"The Trial of the Chicago 7" - Aaron Sorkin

Lakon Layar Adaptasi  Terbaik

"Borat Subsequent Moviefilm" - Sacha Baron Cohen, Anthony Hines, Dan Swimer, Peter Baynham, Erica Rivinoja, Dan Mazer, Jena Friedman, Lee Kern 

"The Father" - Christopher Hampton and Florian Zeller 

"Nomadland" - Chloe Zhao 

"One Night in Miami" - Kemp Powers 

"The White Tiger" - Ramin Bahrani

Filem Dengan Lebih Lima Pencalonan

"Mank" - 10 

"The Father" - 6 

"Judas and the Black Messiah" - 6 

"Minari" - 6 

"Nomadland" - 6 

"Sound of Metal" - 6 

"The Trial of the Chicago 7" - 6

- Getaran, 16 Mac 2021





 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

3

Semasa 5 bulan yang lalu

'Tiger Stripes' Wakili Malaysia Di Oscars Ke-96

4

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'