web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Perkara Tentang Penulis Skrip 'Raya And The Last Dragon'

Adele Lim, salah seorang penulis skrip filem animasi 'Raya and The Last Dragon' ialah seorang anak kelahiran Malaysia. Berikut adalah empat lagi fakta menarik tentang beliau.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 2:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lahir di Malaysia, ini empat perkara lain tentang penulis skrip Raya and The Last Dragon

Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan panggung wayang boleh dibuka semula, Raya and The Last Dragon menjadi tumpuan utama kaki wayang.

Apa tidaknya, trailer filem ini sahaja sudah cukup menarik apabila ia mempersembahkan budaya dan tradisi Asia Tenggara yang tidak pernah ada dalam mana-mana filem animasi Disney sebelum ini. 

Mendapat rating 7/10 oleh IMDb, filem animasi terbaharu Disney ini terus mendapat sambutan hangat walaupun baru seminggu ditayangkan.

Rupanya antara individu penting yang menyumbang kepada kejayaan besar filem animasi ini ialah penulis skrip yang juga anak kelahiran Petaling Jaya, Adele Lim. Ini ialah rentetan kejayaan beliau selepas menulis filem hit Crazy Rich Asian beberapa tahun lalu.

Kejayaan Adele hari ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Pada usia 19 tahun beliau melanjutkan pendidikan di kolej Emerson di Amerika Syarikat.

Rupanya Adele sudah 17 tahun berada dalam industri hiburan Amerika Syarikat serta pernah menulis untuk beberapa siri drama seperti 'One Tree Hill', 'Life Unexpected', 'Lethal Weapon' dan lain-lain .

Namun Raya and The Last Dragon adalah filem animasi pertamanya. Sebab itulah projek ini menjadi sangat istimewa bagi Adele dan dianggap sebagai peluang keemasan yang hanya datang sekali seumur hidup.

Sejarah, budaya dan tradisi masyarakat

Dalam satu temu bual, Adele pernah bercerita ciri-ciri karya yang baik mestilah hadir dengan ketulenan.

Ia boleh didapati melalui sejarah, budaya dan tradisi sesuatu masyarakat. Asia Tenggara kaya dengan nilai ketulenan tersendiri dan semestinya memiliki 'suara' yang sangat jujur untuk diceritakan.

Contohnya apabila mereka bercerita tentang naga. Ia adalah haiwan yang sangat dekat dengan masyarakat di Asia Tenggara yang bermaksud tuah dan kuasa.

Bagi Adele, apabila bercerita mengenai perbezaan sejarah, budaya dan tradisi masyarakat, ia tidak hanya bercerita tentang perjuangan sebaliknya turut menyentuh mengenai kebahagiaan dan kegembiraan dalam masyarakat.  

Ilham dari ruang peribadi

‘Raya’ bermaksud sambutan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan filem pertama yang menghadiahkan dunia seorang puteri yang juga pahlawan dari Asia Tenggara.

Ada banyak kisah pahlawan wanita di Asia Tenggara seperti Tun Fatimah. Adele juga dibesarkan oleh wanita hebat dalam keluarganya.

Jadi, semasa menulis filem animasi ini, beliau memastikan Raya selaku watak utama mempunyai ciri-ciri seperti berkepimpinan dan tidak takut kepada cabaran. 

Bukan itu saja, pasukan mereka juga membuat kajian mengenai budaya masyarakat Asia seperti tarian, ilmu pertahanan diri serta pemandangan sawah padi yang dipamerkan dalam filem ini.

Tradisi kita di mata dunia

Sebagai seorang imigran yang mencari rezeki di negara orang, apabila melihat watak wanita Asia Tenggara diangkat di layar lebar, sudah pasti Adele berbangga apatah lagi  watak utamanya diinspirasikan daripada budaya dan masyarakat negara kelahirannya. 

Tahniah diucapkan kepada Adele di atas kejayaan terbaharunya ini. Kami menantikan lebih banyak lagi projek dan karya genius yang bakal dihasilkan beliau pada masa akan datang. Dengar cerita, beliau tengah menulis satu kisah komedi. Tak sabar! - Getaran, 16 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Disney Malaysia

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem : ‘The Little Mermaid’ Tetap Menghiburkan Biarpun Watak Utama Berlainan Daripada Versi Animasi

2

TARA 3 tahun yang lalu

Kilauan Emas Puteri Disney Sempena Tahun Baharu Cina

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwa Disneyland Dibina Di Melaka, Jailani Memalukan, Perlu Dipecat

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sering Tolak Tawaran Berlakon Daripada Karan Johar, Bukti Aryan Tak Minat Jadi Seperti Bapanya, Shah Rukh Khan 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...