web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sering Tolak Tawaran Berlakon Daripada Karan Johar, Bukti Aryan Tak Minat Jadi Seperti Bapanya, Shah Rukh Khan 

Bukan hanya setakat Karan Johar, bahkan Zoya Akhtar juga mahu melancarkan kerjaya lakonan Aryan Khan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 6:15PM

Aryan Khan - Gambar Instagram Aryan Khan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak semua anak kepada aktor mahu pun aktres Bollywood yang mahu mengikut jejak langkah ibu atau bapa mereka. Buktinya adalah Aryan Khan iaitu anak lelaki kepada Datuk Shah Rukh Khan. 

Sewaktu membesar, ramai peminat berharap Aryan akan mengikut jejak langkah bapanya itu dengan menjadi bintang filem, apatah lagi bila dia dikurnaiakan wajah yang kacak. Tapi, nampaknya Aryan lebih berminat menulis skrip dan menjadi pengarah filem. 

Karan Johar yang sebelum ini telah banyak menghasilkan filem yang hit untuk King Khan dan juga sahabat keluarga kepada aktor mega itu, pernah menyatakan hasrat untuk melancarkan kerjaya lakonan Aryan di bawah syarikat produksinya, Dharma Productions. 

Sebelum ini, Karan telah banyak membantu melancarkan kerjaya anak kepada bintang filem, misalnya seperti Alia Bhatt, Varun Dhawan dan Ananya Panday dan mereka semua kini berjaya dalam bidang lakonan. 

Menurut Bollywood Hungama, hal yang sama juga ingin dilakukan terhadap Aryan dan dia benar-benar serius memberikan tawaran berlakon kepada Aryan. Namun, Aryan pantas menolak. 

Awalnya, Karan tidak bimbang dengan dengan tindakan Aryan itu kerana dia percaya suatu hari nanti, Aryan akan bersetuju. Tetapi, selepas beberapa ketika, Aryan tetap menolak tawaran Karan beberapa kali. 

Akhirnya ia turut disedari Shah Rukh dan Gauri bahawa Aryan memang tidak berminat menjadi pelakon dan Karan juga sudah tidak menganggap penolakan Aryan sebagai suatu gurauan. 

Selain Karan, pengarah Zoya Akthar yang juga kakak kepada Farhan Akhtar mahu melancarkan kerjaya lakonan Aryan. Zoya bercadang untuk mengambil Aryan berlakon dalam The Archies.

Tapi, nampaknya, adik Aryan iaitu Suhana Khan yang terlibat dalam pembikinan filem untuk Netflix itu. 

Sumber memberitahu Hungama Bollywood bahawa Suhana adalah generasi pelakon seterusnya dalam keluarga Shah Rukh Khan.  – Getaran, 17 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN