Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Premis Filem 'C144 Human x Nature' Menarik Tetapi...

Akibat melanggar pantang larang dan tidak menghormati alam di dalam hutan, padah dan pertumpahan darah berlaku di kalangan ahli kumpulan ekspedisi di dalam filem ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 5:51PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat pada tajuknya dan juga beberapa anugerah yang dimenangi filem C144 Human x Nature di luar negara, pasti sesiapa pun berasa teruja untuk menonton filem ini di pawagam. 

Apa tidaknya, anugerah yang dimenangi bukannya calang-calang. Selain menerima pengiktirafan sebagai ‘Filem Terbaik dalam Alam SemulaJadi/Persekitaran/Hutan Liar’ dalam Karnival Filem Dunia Singapura 2021, C144 Human x Nature juga turut meraih kemenangan menerusi kategori, ‘Sinematografi Terbaik’ (Festival Filem Eropah Sinematik 2021).

Sebelum itu, filem terbitan Redboy Pictures ini sudah pun diangkat sebagai pemenang ‘Filem Cereka Terbaik’ dalam Festival Filem Eropah Timur 2020 dan ‘Penulis Terbaik’ (Festival Filem Alternatif Kanada 2020). 

Tapi, adakah filem arahan Jack Wong ini sehebat judulnya atau setanding dengan anugerah-anugerah yang dimenanginya itu? 

Sebetulnya premis filem ini sangat menarik kerana ia mengisahkan tentang ekspedisi pencarian sisa rangka dan bangkai pesawat Dakota C-47B milik tentera Amerika Syarikat yang terhempas di Beruas, Perak pada 1945, semasa Perang Dunia ke-2. 

Ia sepatutnya dikembangkan menjadi sebuah filem pengembaraan yang sepenuhnya agar subjek mengenai tragedi pesawat Amerika Syarikat yang terhempas ini dapat diangkat sebagai naratif utama filem ini. 

Namun, pengarahnya bagaimanapun memilih untuk menghasilkan filem ini dengan berpaksikan genre seram, thriller dan mistik dengan menyelitkan elemen mistikal, makhluk halus dan pantang larang apabila berada di dalam hutan. 

Jadi kisah mengenai pencarian bangkai pesawat Dakota C-47B ini akhirnya menjadi subjek yang kedua dan penyebab cerita semata-mata. 

Kisah bermula apabila dua sahabat baik iaitu Jason dan Kamal mahu mencari wang dengan menganjurkan ekspedisi pencarian bangkai pesawat Dakota C-47B. 

Mereka berjaya mencari sembilan orang peserta yang berminat menyertai ekspedisi ini.  Disebabkan kurang pengalaman dalam ekspedisi pengembaraan, kumpulan ini telah tersesat di dalam hutan dan berlaku kejadian yang pelik. 

Akibat melanggar pantang larang dan tidak menghormati alam di dalam hutan, padah dan pertumpahan darah berlaku dalam kalangan ahli kumpulan terjadi. Makhluk halus mempengaruhi mereka dan berakhir dengan tragedi menyayat hati. 

Garapan cerita di dalam filem ini sebenarnya agak lemah. Matlamat peserta-peserta melakukan ekspedisi ini adalah untuk mencari bangkai pesawat Amerika Syarikat tersebut. 

Namun, sepanjang ekspedisi bermula, tidak ada satu pun dialog perbincangan tentang kisah dan sejarah di sebalik tragedi dan bangkai pesawat yang terhempas itu diselitkan atau diperkatakan, sedangkan itulah matlamat pencarian mereka. 

Minat dan keterujaan peserta-peserta untuk menyelongkar misteri dan tragedi bangkai pesawat Dakota C-47B ini tidak dipaparkan langsung.  

Sedangkan, kita sebagai penonton pula yang ingin tahu dan ternanti-nanti untuk mengetahui bagaimana pandangan dan pemikiran mereka terhadap sejarah tragedi pesawat ini. 

Ketiadaan dialog ini membuatkan garapan dan naratif filem ini sedikit pincang dan ia mula kelihatan seolah-olah seperti peserta-peserta ini melakukan ekspedisi masuk hutan yang biasa.  

Sekumpulan peserta masuk hutan untuk berkhemah, mereka mengeluh kepenatan kerana perjalanan yang jauh dan sukar, mereka mengomel kerana nyamuk banyak, apabila sesat mula menyalahkan Jason dan Kamal dan kemudian diganggu makhluk halus. 

Filem ini juga membuat kita tertanya-tanya, apakah kesemua mereka ini baru pertama kali masuk hutan kerana haversack yang digunakan mereka masih nampak baharu dan cantik, seolah-olah seperti baharu keluar dari kedai. 

Untuk memasuki hutan yang tebal, memang mustahil untuk membawa bagasi biasa. Memang tidak rasional apabila ada dua peserta wanita daripada Thai yang mengikuti ekspedisi ini masuk ke hutan dengan bagasi tersebut. 

Siapa-siapa yang sudah biasa masuk hutan dan berkhemah pasti akan menggeleng kepala apabila menonton filem ini. 

Filem ini juga mengetengah bakat-bakat baharu dalam bidang lakonan iaitu Jackson Lee, Nor Mikhail, Shaun Liew, Ibrahim Edward, Jasmine Kaar, DyVianna James, Syahrom, Manap, Tam Loong Wah, Kapten Jivarajan dan Rashid Esa. 

Suatu usaha yang bagus, namun ia apabila lakonan dan pengucapan dialog mereka tidak dijaga, mereka nampak seolah-olah seperti membaca dan bukannya melontarkan dialog. 

Namun, ada juga yang mampu berlakon dengan baik. Misalnya, Shaun Liew dengan Jasmine Kaar. Kedua-dua mereka mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh lagi di dalam bidang ini.

Sinematografi filem ini boleh tahan cantik, tetapi ia menggunakan bunyian alam semula jadi sebagai latar filem ini. Mana bunyi suara unggas, cengkerik atau burung-burung? 

Skoring muziknya dan penggunaan lagu-lagu yang dipilih dalam filem ini juga ada yang tidak begitu kena atau janggal dengan emosi di dalam babak-babak yang ditonjolkan. 

Apapun, di sebalik semua kelemahan ini, filem ini mungkin mempunyai nilai sinematik yang tersendiri buat penonton di luar Malaysia. 

Apatah lagi bila ia menggambarkan tentang kepelbagaian budaya, penggunaan bahasa Inggeris, Melayu dan Cina, keindahan hutan hujan tropika kita, kehidupan orang Asli dan elemen mistik serta makhluk halus hutan itu sendiri yang pastinya asing buat mereka. - Getaran, 22 Februari 2022

Rating : 2.5 Getar

Gambar: Redboy Pictures

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

oleh Rahayu MN

Selebriti 6 jam yang lalu

Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Penyanyi popular era 70-an ini dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Puteri Sarah bersyukur akhirnya impian untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

oleh Helmi Anuar