web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nasib Anak OKU Dibelasah Ibu Dalam ‘Bunga Hati’

Menerusi ‘Bunga Hati’, ramai yang runtun melihat keadaan yang terpaksa dilalui Luqman, lakonan Nafiez Zaidi yang didera oleh Salimah, lakonan mantap Datuk Fauziah Ahmad Daud.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 8:32AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah lagi drama yang mengetengahkan konflik keluarga ditayangkan menerusi slot Megadrama terbitan Astro Ria.

Apa yang menarik mengenai drama ‘Bunga Hati’ arahan Jamal Khan ialah naskah ini membawa penonton melihat nasib anak-anak kurang upaya yang tidak diterima dalam sesebuah keluarga. 

Menerusi ‘Bunga Hati’, ramai yang runtun melihat keadaan yang terpaksa dilalui Luqman lakonan Nafiez Zaidi yang didera oleh Salimah, lakonan mantap Datuk Fauziah Ahmad Daud.

Adegan Luqman dipukul sentiasa menerbitkan rasa simpati penonton. Semuanya gara-gara Luqman mengingatkan Salimah kepada kisah lampau bersama bekas suami.

Beberapa klip daripada drama tersebut juga telah dikongsikan di aplikasi TikTok dan mengundang komen yang pelbagai daripada orang ramai. 

Antara babak yang disukai ialah ketika Dilaila lakonan Intan Najuwa bertanya kepada Salimah apakah dosa seorang anak kelainan upaya. 

@fhtikha

apa salah anak istimewa?mereka AHLI SYURGA.die pun perlu dikasih dan dimanja macam anak2 lain ? #SwishHealthyDance #bungahati #fyp #tiktokmalaysia

♬ original sound - l a d y b u g s? - l a d y b u g s?

“Kak Ogy kalau berlakon jahat memang menjadi,” tulis seorang pengguna. 

“Saya menangis,” kata komen yang lain. 

@helmieyusoh

#ad Bunga Hati dah mula tayang di Astro Ria di slot MEGADRAMA ye. #ad #BungaHati #viral #fypシ #fyp #drama

♬ Biarlah Semua Berlalu - Willy Anggawinata

Beberapa peminat juga turut berkongsi klip ‘Bunga Hati’ kegemaran mereka di media sosial.

Bukan hanya itu, penonton ada banyak sebab untuk bersedih sepanjang menonton drama ini termasuklah konflik cinta tiga segi antara Delaila, Joshua dan Amer.

Memang hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa namun sifat ingin memiliki dan dimiliki membuatkan masing-masing terus mencuba menjuarai cinta yang ingin dimiliki. 

Percintaan Dilaila dengan Amer yang baru berputik, telah mendapat tentangan keras daripada Noraini yang membenci Salimah.

Bagaimanapun Razak sukakan Dilaila dan mahu Dilaila menjadi menantunya.

Kawan baik Dilaila iaitu Jessila dalam diam menyukai Amer dan sanggup buat apa saja untuk memiliki Amer. 

Penonton boleh menyaksikan drama bersiri 20 episod ini yang bersiaran menerusi slot Megadrama Astro Ria bermula jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis.

Turut sama memeriahkan drama ini ialah Intan Najuwa, Erwin Dawson, Lydiawati, Redza Rosli, Nafiez Mukhriz dan Zulkifli Ismail. - Getaran, 8 Februari 2022

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bapa Tergamak Bawa Anak OKU Samun Kedai Serbaneka

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Musim Kedua 'Diva Popular 2' Makin Berani, Makin Pecah Perut

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

"Filem Ikonik Perlu Untuk Legasi Seorang Pelakon" - Ogy Ahmad Daud

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN