web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Tergamak Bawa Anak OKU Samun Kedai Serbaneka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 11:05AM

Christopher Patit - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bapa tergamak mempergunakan anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam melakukan samun di sebuah kedai serbaneka, di Batu Berendam, Melaka pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun suspek berusia 32 tahun yang juga seorang penganggur ditahan bersama anak lelakinya kira-kira jam 6 petang di kawasan Bukit Piatu, tidak sampai lima jam selepas melakukan kegiatan samun itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat membabitkan kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu daripada pekerja wanita yang memaklumkan premisnya disamun.

Menurut beliau, wanita terbabit memberitahu dia disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau yang turut membawa seorang kanak-kanak lelaki OKU dipercayai untuk mengelak kegiatan jenayahnya dikesan.

“Suspek didakwa turut melarikan wang tunai kira-kira RM197 dan tiga kotak rokok bersamanya.

“Susulan laporan diterima, gerakan memburu suspek dijalankan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas D9, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, bersama pasukan Task Force dari Balai Polis Batu Berendam,” katanya dalam satu kenyataan.

Christopher berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, malah siasatan lanjut mendapati penganggur terbabit turut mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes jenayah serta dadah.

“Suspek kini direman lima hari sehingga Rabu ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun anak lelakinya pula dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Tambah beliau, dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh kurang 24 jam. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Disyaki Terlibat Samun Bersenjata Dan Menyamar Polis, 4 Lelaki Diberkas

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM