web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Filem Ikonik Perlu Untuk Legasi Seorang Pelakon" - Ogy Ahmad Daud

Atas sebab itulah, amat penting bagi seorang pelakon yang komited dan serius dengan kerjaya lakonannya untuk bijak memilih naskah yang bagus.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jul 2021 3:25PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 20 filem cereka telah pun dibintangi pelakon berkaliber Fauziah Datuk Ahmad Daud, 59, sepanjang 4 dekad menjadi anak seni. Kebanyakan filem tersebut telah pun menjadi ikonik dalam kalangan peminat serta pencinta filem Melayu tempatan. 

Antaranya ialah Permintaan Terakhir (1975), Ceritamu Ceritaku (1979), Abang (1981), Esok Untuk Siapa (1982), Azura (1984), Ali Setan (1985), Gadis Hitam Putih (1986), Suara Kekasih (1986), Puteri (1987) dan Bintang Malam (1991).

Ditanya apakah pentingnya sebuah filem yang ikonik kepada seseorang pelakon, Fauziah atau lebih popular digelar sebagai Ogy berpendapat, filem yang ikonik sebenarnya menyumbang kepada legasi seseorang pelakon.

Ogy Ahmad Daud di dalam filem 'Memori'
Ogy Ahmad Daud di dalam filem 'Memori'

“Atas sebab itu, amat penting bagi seorang aktor atau aktres yang komited dan serius dengan kerjaya lakonannya untuk bijak memilih naskah yang bagus.

“Akan tetapi untuk pelakon yang masih baru, saya juga faham bahawa pada peringkat awal ini, mereka perlu terima apa sahaja tawaran kerana perlu memasarkan diri dan perlu survive di dalam industri ini.

“Cuma bila sudah berada di sepanjang perjalanan sebagai seorang pelakon, mereka harus memahami bagaimana untuk mengembangkan kraf lakonan mereka. Masalahnya di sini, ramai yang tidak melihat lakonan dari sudut kraf. 

“Sebaliknya, mereka lebih melihat lakonan dari sudut luaran dan penonton yang meminati mereka pula tidak mendalami seni lakonan itu dengan sedalam-dalamnya. Sebab itu, industri kita terima apa yang kita terima sekarang ini,” katanya sewaktu dihubungi portal Getaran. 

Kalau seorang pelakon itu bagus orang akan tetap terima dan hargai seni lakonan yang ada padanya

Bagaimanapun kata Ogy, dia memahami dilema segelintir pelakon. 

“Mereka berada di persimpangan. Mahu melakukan apa yang mereka inginkan atau apa yang peminat mahukan? 

“Tapi saya orang yang sangat berprinsip dan saya percaya kalau seorang pelakon itu bagus orang akan tetap terima dan hargai seni lakonan yang ada padanya. Mungkin, pada masa sekarang peminat tidak mampu untuk hargai apa yang mereka lakukan.

“Tapi pada suatu masa nanti, apabila peminat-peminat semakin matang, mereka akan mula menghargainya,” kata anak kepada biduan Ahmad Daud dan seniwati Saadiah ini.

Sambung Ogy lagi, situasinya sebagai pelakon agak berbeza dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain kerana dia telah diajar arwah ibunya, Saadiah untuk memilih watak dan cerita.

“Dari awal lagi, saya telah diajar begitu dan saya juga amat bertuah kerana sebelum masuk set dan lokasi syuting Ceritaku Ceritamu, saya telah dipersiapkan arwah ibu saya selama sebulan untuk memegang watak sebagai Hasnah.

Ogy dan Zainurdin Ismail di dalam filem 'Ceritaku Ceritamu'
Ogy dan Zainurdin Ismail di dalam filem 'Ceritaku Ceritamu'

“Kemudian, apabila saya membintangi filem Abang, ia adalah tugas yang berat buat saya kerana ia produksi orang lain dan saya sudah tidak boleh mendapatkan tunjuk ajar daripada ibu saya pada masa itu.

“Jadi saya banyak belajar dengan melihat bagaimana pelakon-pelakon senior di dalam filem itu persembahkan lakonan mereka, bagaimana mereka mengadaptasi kepada situasi serta menzahirkan mood.

“Dalam Bintang Malam pula, watak yang saya bawakan agar sukar dan saya cuba melakukan pendekatan yang berbeza. Orang selalu menilai pelacur dari sudut profesinya tetapi saya cuba mengangkat sisi kemanusiaan sebagai pelacur yang selama ini diabaikan.

“Watak di dalam Gadis Hitam Putih juga sangat mencabar kerana saya perlu bertutur dalam Bahasa Indonesia dan pada waktu yang sama berdepan dengan pelakon hebat yang sudah menang anugerah dari sana.

“Banyak proses yang saya lalui sepanjang empat dekad untuk berada di tahap sekarang. Ia tidak hadir dan datang dalam tempoh satu malam,” katanya lagi.

Ogy bersama Richie Ricardo di dalam filem 'Dewi Cinta'
Ogy bersama Richie Ricardo di dalam filem 'Dewi Cinta'

Biarpun ramai yang lebih mengingatinya di dalam filem Azura, Ali Setan mahu pun Suara Kekasih, namun Ogy tidak mahu peminat melihatnya dari sudut wajah cantiknya di dalam ketiga-tiga filem itu semata-mata.

“Tapi, saya mahu peminat melihat saya lebih daripada sekadar itu. Lihatlah juga isi dan penyampaian lakonan saya.

“Fauziah Ahmad Daud adalah seorang individu yang sudah tertulis kehidupannya untuk menjadi seorang aktres dan saya telah diberikan bakat serta anugerah ini daripada Allah SWT.

“Sebagai seorang aktres yang memiliki substance dan berotak, saya sentiasa mahu keluar dari kepompong dan keselesaan dalam membawakan setiap watak-watak. Jadi, apabila diberikan watak kampung, saya tidak mahu gunakan sebarang mekap.

“Bila saya menyuarakan perkara itu, ada orang yang tidak gemar kerana bagi mereka pelakon harus kelihatan cantik,” katanya.

Ogy bersama Jamal Abdillah di dalam 'Azura'
Ogy bersama Jamal Abdillah di dalam 'Azura'

Bagi meraikan kehebatan Ogy sebagai seorang primadona di layar lebar dan juga Dewi Cinta Sinema Malaysia, platform penstriman, Mubi telah mengangkat filem-filem lakonannya pada bulan Julai ini.

Bermula dengan filem Ali Setan pada 1 Julai lalu, beberapa filem lakonan Ogy yang lain bakal ditayangkan seperti Azura (8 Julai), Ceritamu Ceritaku (15 Julai), Memori (22 Julai) dan Dewi Cinta (29 Julai). 

Jom kita sama-sama mengulangi dialog-dialog ikonik sambil menyanyikan lagu yang tak lekang dek zaman daripada filem-filem beliau yang terhebat ini. - Getaran, 6 Julai 2021

Ogy bersama Allahyarham Azmil Mustapha di dalam filem 'Ali Setan'
Ogy bersama Allahyarham Azmil Mustapha di dalam filem 'Ali Setan'


Semua gambar: Ihsan Mubi Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN