web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Musim Kedua 'Diva Popular 2' Makin Berani, Makin Pecah Perut

Masih mengekalkan paparan di balik tabir industri hiburan, Rashid Sibir mengambil risiko mewujudkan penceritaan sebenar penggambaran drama yang disampaikan secara humor. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 4:49PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Jun lalu telah menyebabkan pasukan produksi 'Diva Popular 2' tidak sempat menyiapkan kerja-kerja di belakang tabir drama bersiri terbitan Rumah Karya Citra tersebut. 

Malah, disebabkan COVID-19 juga, 'Diva Popular 2' yang sekali lagi diarahkan Rashid Sibir serta dibintangi Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Nabila Huda dan Tiz Zaqyah sebagai teraju utama hanya sempat bersiaran sebanyak 21 episod untuk musim pertama. 

Kini, 'Diva Popular 2' kembali lagi untuk musim kedua menerusi 13 episod dengan membawakan Syafiq Kyle dan Datuk Jalaluddin Hassan untuk menambahkan lagi kehangatan siri kali ini.

Masih mengekalkan pelakon yang sama, drama bersiri ini telah mula ditayangkan di slot Dramedi di Awesome TV, sejak 25 September lalu, setiap Jumaat hingga Ahad, bermula jam 9 malam menggantikan drama 'Penghulu Interim'.

Masih membawa intipati yang sama iaitu paparan di balik tabir industri tempatan, Rashid telah mengambil risiko untuk mewujudkan penceritaan sebenar sesi di sebalik sebuah penggambaran drama yang acap kali berlaku tetapi disampaikan dengan penuh humor. 

Dihubungi portal Getaran, Rashid berkata, sambungan pada musim kedua 'Diva Popular 2' ini lebih lebih menjurus kepada penceritaan di antara watak lakonan Syafiq Kyle, Nabila Huda, Tiz Zaqyah dengan Ben Amir yang mana akan berlaku cinta segi tiga di antara mereka. 

“Akan ada plot twist serta kejutan yang berlaku pada penghujung drama bersiri ini nanti tentang hubungan mereka dan pada akhir cerita, ramai yang akan terkejut dan sama sekali tidak  menyangka dengan calon suami pilihan Nabila Huda. 

“Malah, dalam musim kedua ini juga penonton akan dapat menyaksikan percintaan yang tercetus di antara watak Ogy Ahmad Daud dengan Datuk Jalaluddin Hassan serta kisah Ogy dan Erma Fatima masuk kelas agama bersama-sama tetapi masih tidak insaf dan tidak henti-henti bergaduh. 

“Sama ada 'Diva Popular 2' akan ada sambungan 'Diva Popular 3' atau tidak, kita kena tanya Erma Fatima selaku penerbit. Tetapi, kalau penonton suka dan mahu ia disambung, mengapa tidak?,” katanya. 

Jika musim terdahulu, 'Diva Popular' menyajikan kisah Erma Erika (Nabila Huda) dan Ika Natalia (Tiz Zaqyah) yang berebutkan Syazwan (Ben Amir), kali ini Engku Emran (Syafiq Kyle) pula menjadi lelaki rebutan.

Engku Emran yang begitu mencuba untuk mendekati Erma Erika ternyata tidak disenangi oleh Ika Natalia yang berterusan menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menggoda Engku Emran. 

Pertelingkahan antara mereka berterusan ketika menjalani sesi penggambaran filem bersama. Ada sahaja ketidakpuasan hati antara mereka dan konflik semakin memuncak dengan campur tangan ibu masing-masing iaitu Lola Kartika (Ogy Ahmad Daud) dan Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima).

Saksikan 'Diva Popular 2' disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9 malam di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112 dan penonton boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa. - Getaran, 12 Oktober 2021

Gambar: Awesome TV

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Nabila Huda Tetap Promosikan Pelangi Yang Hilang, Walaupun Kena ‘Scam’

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN