Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kualiti Netflix! Pengarah Tempatan Ini Guna ‘Unreal Engine’ Dalam Drama

Melalui drama 'Take CTRL', pengarah membawakan kisah dilema remaja di zaman perubahan teknologi hari ini dan bagaimana ibu bapa hendak beradaptasi dengannya.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 4:48PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lari daripada kebiasaan dan stereotaip kebanyakan drama tempatan, pengarah Derrik Yaw membawakan sentuhan yang segar dalam drama bersiri pertamanya apabila menggabungkan jenaka kekeluargaan dengan bantuan teknologi unreal engine.

Mengulas tentang drama 'Take CTRL' yang berjumlah enam episod itu, Derrik sengaja membawakan sebuah isu relevan terhadap situasi sebenar dunia remaja hari ini yang hidup di zaman teknologi serba canggih. 

Derrik Yaw
Derrik Yaw

Tema itu diangkat selepas melihat kelompongan dunia digital dan teknologi dibincangkan dalam drama-drama tempatan hari ini.

“Saya mahu pecahkan stereotaip drama tempatan hari ini yang selalunya berkisahkan tentang cinta tak kesampaian kerana berbeza kedudukan. Atau tentang cerita polis dan kisah hantu. Ini semua sangat tipikal.

“Melalui 'Take CTRL', kita bawakan kisah sebenar iaitu apa yang para remaja alami setiap hari di zaman perubahan teknologi hari ini dan bagaimana ibu bapa hendak beradaptasi dengannya.

"Ini kerana kita kekurangan kandungan yang menyentuh tentang kehidupan remaja. Jika ada, ia mengisahkan tentang remaja bermasalah seperti lari sekolah,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Memandangkan 'Take CTRL' banyak menceritakan tentang dunia permainan video, Darrek ingin membawa penonton melihat bagaimana dunia maya ini bergerak.

Maka, pasukan produksinya menggunakan teknologi yang dipanggil unreal engine yang membolehkan pelakon merakam aksi mereka secara langsung seolah-olah di alam permainan video.

“Sebenarnya kita memang ada kepakaran, bakat dan teknologi. Cuma, kita kena berani untuk menggunakan semua ini dalam karya tempatan. Semakin banyak kita buat, lebih besar industri kita akan berkembang.

“Teknologi ini sudah lama digunakan di luar negara seperti Star Wars. Sudah masanya kita berpindah ke era teknologi baru,” tambahnya yang sebelum ini berpengalaman menghasilkan beberapa iklan komersial untuk jenama terkenal tanah air.

Bagi menghasilkan 'Take CTRL', Darrek merujuk beberapa filem antarabangsa bagi mencapai kualiti setaraf dengan karya luar negara seperti 'Free Guy, Yesterday' dan 'Stranger Things' di Netflix.

“Kami berhasrat menghasilkan sebuah filem yang setaraf antarabangsa dalam tempoh lima tahun lagi. Kita sudah lihat lebih banyak kandungan yang bagus datang dari Korea Selatan dan kami berharap boleh menghasilkan sesuatu yang impaknya sehebat 'Squid Game',” katanya.

'Take CTRL' mengisahkan tentang adik-beradik Sky dan Ramunah yang selalu dikawal ketat oleh ibu bapa mereka setiap kali ingin bermain permainan video. Suatu hari ada keajaiban berlaku dan mereka tiba-tiba boleh mengawal minda ibu bapa mereka.

'Take CTRL' boleh disaksikan setiap Sabtu di saluran Astro TA-DAA! 612. Turut memeriahkan drama ini ialah Shaheizy Sam, Hana Nadira, Faiz Najib, Sry Khairudin, Prakash Daniel dan Jin Lim. - Getaran, 1 Februari 2022

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

oleh Helmi Anuar

Selebriti 8 jam yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

Menurut Muaz, beliau dan Aliff sudah ada perjanjian untuk tidak bercerita tentang isu curang ini kepada umum.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 21 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

oleh Helmi Anuar