Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Small Town Heroes' Bangkitkan Emosi Dan Kesedaran 

Penulis filem pecah panggung 'The Journey', Ryon Lee persembahkan sebuah lagi karya tempatan hebat dengan membabitkan pelakon pelbagai bangsa. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 2:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti sudah menjadi satu tradisi di Malaysia, setiap kali sebuah perayaan besar bakal berlangsung, pasti akan ada tayangan gambar yang akan mengiringi sambutan tersebut.

Dan, untuk Tahun Baharu Cina 2022, pawagam Malaysia bakal dimeriahkan dengan sebuah filem penuh pengajaran berjudul Small Town Heroes.

Filem tempatan yang dinantikan ramai ini mendapat sentuhan sutradara Ryon Lee, yang juga bertanggungjawab menulis lakon layar filem The Journey, salah satu filem tempatan dengan kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia.

Seperti filem The Journey, bahasa pengantara utama yang digunakan dalam filem ini adalah Bahasa Mandarin dengan sedikit selitan Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Ia menampilkan bintang-bintang baharu berbakat besar seperti Layla Sania, Phua Chandler, Roger Shak serta nama besar dunia hiburan Cina tempatan seperti Jack Lim, Yuan Teng dan juga penampilan khas pelakon veteran Fauziah Nawi.

Biarpun nama-nama baharu yang disebut di awal tadi mungkin masih hijau dalam dunia seni lakon Malaysia, bakat mereka benar-benar terbukti lewat filem ini. Dua pelakon utamanya iaitu Roger Shak dan Phua Chandler benar-benar berjaya memberikan lakonan yang meninggalkan kesan.

Tidak ketinggalan menyokong lakonan mereka adalah pembabitan Layla Sania, pelakon jelita berbangsa Melayu yang berjaya menterjemahkan wataknya dengan baik sambil menggunakan Bahasa Mandarin yang sangat lancar.

Layla yang juga artis rakaman di bawah syarikat Warner Music Malaysia merupakan artis kedua Malaysia yang pernah ditampilkan di papan iklan digital Times Square di New York, Amerika Syarikat selepas Yuna.  

Filem berkonsep drama dengan sentuhan komedi ini berkisar seorang budak lelaki pendiam bernama Hero yang dihantar oleh ibunya ke sebuah rumah anak yatim di sebuah kota kecil.

Hero yang pada mulanya tidak tahu bahawa ibunya terpaksa meninggalkannya di rumah tersebut kemudian berkawan dengan Feng, rakan sebaya yang juga pelajar paling nakal di rumah itu.

Tanpa disangka, persahabatan mereka menjadi erat dan mereka berdua saling membantu serta menyokong satu sama lain sambil diselia oleh Cikgu Aisyah, guru berbangsa Melayu yang juga guru sementara rumah anak yatim tersebut.

Bertunjangkan tiga watak utama tadi, filem ini membuka beberapa sub-plot lain untuk menghidupkan jalan ceritanya.

Jelas sekali pembabitan pelakon pelbagai bangsa menjadikan karya ini sebuah filem Malaysia sejati yang tidak meminggirkan mana-mana pihak. Terkadang ia akan mengingatkan penonton kepada filem-filem yang pernah dihasilkan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad seperti Talentime dan Sepet.

Namun, perbezaan ketara sudah tentulah penggunaan bahasa Mandarin yang sangat dominan sepanjang jalan cerita. Kelainan ini memberi kelebihan kepada pelakon Layla Sania untuk menyerlah lebih sedikit  kerana menjadi salah satu watak utama berbangsa Melayu yang menggunakan bahasa tersebut dengan fasih sepanjang durasi filem.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kemunculan khas Rasyidah Abu Johan, pembaca berita Bahasa Mandarin berbangsa Melayu dalam filem ini yang menceriakan lagi latar belakang filem.

Dengan pelbagai kisah sampingan untuk watak-watak utama filem ini, kami yakin ramai yang akan tersentuh dengan pengajaran yang cuba diterapkan dalam karya ini. Malah, pasti akan timbul rasa kesedaran pada setiap yang menonton.

Selain mempertaruhkan lakon layar yang berkualiti, seni visualnya juga agak mengagumkan. 

Penggambaran filem yang telah dibuat di Pulau Pinang ini turut menyajikan sinematografi yang sangat indah dan menakjubkan seperti di Bukit Katak, sebuah kuari terbengkalai di Kampung Guar Petai. Tempat ini sangat terkenal kerana tasiknya yang berwarna biru kehijauan.

Filem ini juga merakamkan saat-saat akhir perkhidmatan feri ke Pulau Pinang yang kini telah dihentikan buat selama-lamanya.

Jika anda menggemari filem penuh pengajaran yang mampu menyentuh perasaan selain memberi kesedaran, saksikan Small Town Heroes bermula 3 Februari ini di pawagam seluruh negara. - Getaran, 27 Januari 2022

Rating : 3 getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

Episod akhir drama lakonan Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won itu berjaya catat 24.9 peratus tontonan pada 28 April lalu, sekali gus mengatasi pencapaian Crash Landing...

oleh Wartawan Getaran

Muzik 23 jam yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

oleh Wartawan Hiburan Getaran