web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Macam Mana Nasi Lemak Boleh Selamatkan Sebuah Negara?

'Nasi Lemak 1.0' mengekalkan genre neorealisme yang mempersembahkan jalan cerita yang membawa tema sosiobudaya masyarakat yang berbilang bangsa.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 9:15AM

Gambar: Instagram @nameweephoto

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak panggung dibuka, semakin banyak filem-filem tempatan mula mengisi slot tayangan. Tampil memeriahkan Tahun Baru Cina kali ini ialah naskah Nasi Lemak 1.0, iaitu sekuel kepada filem pecah panggung petamanya yang ditayangkan 11 tahun lalu.

Disutradarai pengarah kontroversi Namewee, Nasi Lemak 1.0 mengekalkan genre neorealisme yang mempersembahkan jalan cerita yang membawa tema sosiobudaya masyarakat yang berbilang bangsa.

Daripada garapan, pemilihan pelakon sehinggalah aspek budaya semuanya diadun secara harmoni dalam filem ini.

Jika anda sudah terlupa bagaimanakah jalan cerita Nasi Lemak 2.0 dari 11 tahun lalu, ia mengisahkan tentang seorang cef bernama Hero Huang yang baru sampai ke Malaysia setelah mempelajari ilmu masakan masyarakat Cina.

Huang kemudian membuka restoran namun pelanggannya sering kali meminta sambal yang sudah tentu berlainan dengan cara masakan dan tatacara makanan asli orang Cina. 

Pelanggannya kemudian meminta sambal dari kedai nasi lemak yang dimiliki Nor. Dalam filem pertama ini, ia banyak membincangkan tentang pencarian identiti Huang sebagai seorang Cina dalam negara majmuk.

Ia banyak menekankan tenang keharmonian sesama kaum di Malaysia. Huang kemudian digelar hero kerana selalu membantu orang.

Namewee membawakan rencah yang sama untuk filem susulan ini di mana Hero Huang masih lagi dalam misinya untuk menjadi tukang masak disegani. Cuma kali ini, fokusnya tidak lagi makanan kaum Cina.

Huang berentap dengan Lan Qiau untuk menghasilkan resepi nasi lemak terbaik di Malaysia. Ketika pertandingan berlangsung, tiba-tiba dia dibawa ke Zaman Kesultanan Melaka untuk mencari siapakah pembuat nasi lemak pertama di dunia.

Ada beberapa perkara menarik untuk diteliti dalam filem Nasi Lemak 1.0 yang menerima dana Skim Wajib Tayang oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ini.

Namawee memastikan pelakon dalam filem ini terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan budaya. Dia sedaya upaya memastikan watak-watak tersebut tidak hanya sekadar tampalan malah ditonjolkan secara harmoni tanpa didominasi oleh satu bangsa sahaja.

Suatu pengalaman yang menyegarkan apabila menonton filem yang menonjolkan tentang silat, tai chi, serta pakaian pelbagai kaum sepanjang hampir dua jam di dalam wayang.

Walaupun disampaikan secara halus, ada beberapa perkara cuba disampaikan pengarah seperti dia sangat kritikal membincangkan nasib golongan imigran di Malaysia. 

Ada beberapa bahagian di mana tuan pengarah dilihat cuba menunjukkan bahawa kaum wanita boleh berdikari, hidup tenteram dan menjadi pemimpin yang baik.

Kampung yang selama ini aman tiba-tiba didatangi penjahat semenjak ketua kampung membenarkan kaum lelaki tinggal bersama-sama mereka.

Mereka kemudian berhadapan dengan konflik yang lebih besar apabila tanah kelahiran mereka cuba ditawan oleh penjajah.

Bukan itu sahaja, sering kali yang menjadi dalang pengkhianatan kepada negara dan rakyatnya ialah orang-orang yang dianggap penting dalam pentadbiran negara.

Mereka inilah yang paling banyak tipu helah, merasuah, memperdaya dan sanggup menikam anak watan sendiri atas nama wang ringgit dan harta.

Namun begitu, satu-satunya cara  yang paling ampuh untuk mengendurkan ketegangan konflik yang berlaku di dalam negara adalah melalui makanan. Lebih tepatnya, nasi lemak. 

Sajian yang disukai oleh semua rakyat Malaysia itu sangat mewakili setiap bangsa di dalam negara ini misalnya kari dari masyarakat India, sambal dan kacang dari masyarakat Melayu dan nasi yang wangi dari masyarakat Cina.

Filem ini menunjukkan bagaimana nasi lemak boleh menyelamatkan sebuah negara.

Filem ini tidak menggunakan bahasa Melayu penuh. Ia juga banyak menggunakan bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Namun bila difikir-fikir, memang itulah bahasa pertuturan masyarakat Malaysia hari ini.

Kita lebih terbuka menggunakan banyak bahasa dalam percakapan sehari-hari. 

Walaupun Nasi Lemak 1.0 lepas diluluskan Lembaga Penapis Filem, namun filem ini diklasifikasikan untuk penonton 18 tahun ke atas kerana penggunaan bahasa yang kasar seperti carutan dan beberapa lawak lucah yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. 

Mungkin pada masa akan datang, lebih banyak lagi filem berwajah Malaysia seperti ini yang boleh dinikmati oleh semua lapisan umur. Sayang sekali filem ini mempunyai limitasi had umur tayangan.

Filem Nasi Lemak 1.0 ini bakal ditayangkan di semua pawagam tanah air bermula 27 Januari ini. Turut membintangi filem ini ialah Saiful Apek, Wak Doyok, Datuk AC Mizal, Sanjna Suri, Namewee, Karen Kong, Yumi Wong, Datuk David Arumugam dan ramai lagi. - Getaran, 25 Januari 2022

Rating: 3 Getar

Gambar: Instagram @migonline

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Berganding Bahu Perkukuh Agenda Perpaduan Negara

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Henti Sikap Suka Salahkan Kerajaan, ‘Tanya Diri Apa Boleh Kita Lakukan…’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Turut Beri Perhatian Khusus Kepada Masyarakat India - PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Masyarakat Kena Hati-Hati Bertindak, Tugas Menghukum Di Bahu Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN