web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masyarakat Kena Hati-Hati Bertindak, Tugas Menghukum Di Bahu Pihak Berkuasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 8:02PM

Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pelakon remaja membuat laporan polis kerana mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual bapa sendiri amat wajar, namun terdapat keperluan untuk tidak mendedahkan perbuatan itu kepada umum.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, keperluan pemeliharaan aib dan kepentingan untuk menyalurkan masalah tersebut hanya kepada pihak berautoriti.

Justeru katanya, masyarakat perlu dididik untuk bersikap lebih berhati-hati kerana tugas menghukum hanya terletak di bahu pihak berkuasa.

“Apabila berlaku konflik kekeluargaan seperti tular baru-baru ini, itulah saat terbaik masyarakat untuk kembali memuhasabah peranan sebagai anak dan ibu bapa serta memperkukuh kekurangan yang ada dalam keluarga masing-masing.

“Sebelum kita membangkitkan tentang aib, perkara lebih penting untuk kita muhasabah bersama adalah bagaimana sepatutnya sistem keibubapaan berfungsi sebagai tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah.

“Apakah respon mereka? Bagaimana tindakan mereka? Ia akan menentukan bagaimana kesudahannya bagi si anak, sama ada masalah itu dipendam dan anak terus merana atau dibongkar sehingga orang ramai pula menghakimi,” katanya.

Tegas beliau, seorang yang dianiayai bapanya dari sudut seksual dan emosi bukanlah satu isu kecil.

“Saya tidak pasti kebenarannya kerana satu-satunya kaedah untuk mensahihkannya adalah muka pengadilan. Tindakan melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama.

“Sistem sokongan seperti itu juga tidak akan berhasil tanpa ibu bapa dan ahli keluarga yang cakna dan benar-benar memainkan peranannya,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya meletak sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan di negara ini.

“Sebagai umat Islam, kita yakin Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Besarnya tanggungjawab ibu bapa, besar juga dosa ditanggung jika amanah tidak dilunaskan sebaiknya,” katanya.

Terdahulu, tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegur pelakon perempuan terbabit yang mendedahkan sikap buruk bapanya dalam program broadcast di YouTube baru-baru ini, dikecam ramai.

Idris berkata, pelakon terbabit sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perbuatan bapanya kepada orang ramai.

Sebaliknya, beliau berkata, remaja itu sepatutnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman pada masa akan datang.

Semalam, bapa kandung kepada pelakon terbabit, ditahan polis atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap anaknya itu.

Suspek kini direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisoner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek ditahan di kediamannya di Kedah pada jam 2.25 petang kelmarin.

Menurutnya, ketika ditahan, polis merampas telefon bimbit daripada suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa. – Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 9 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad