Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Osman Ali Akui Awalnya Tidak Yakin Teruskan Projek ‘Telaga Suriram’

Pengarah tersohor ini memberitahu bahawa watak-watak yang dijayakan Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda dan Scha Alyahya dalam filem ini setara pentingnya.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 5:25PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem, Osman Ali mengakui bahawa pada awalnya dia agak gusar dan bimbang untuk meneruskan projek pembikinan filem cereka terbaharu arahannya, Telaga Suriram yang bakal memulakan penggambaran pada 20 Januari ini. 

“Apabila melihat suasana dan keadaan semasa iaitu pandemik COVID-19 yang masih belum ada kesudahannya dan kita masih lagi perlu mematuhi SOP, saya tidak punya keyakinan untuk meneruskannya. 

“Namun, keyakinan itu saya perolehi daripada produser sendiri iaitu Zack Abbas.

“Kata-kata daripada dialah yang menyebabkan saya akhirnya kembali bersemangat untuk meneruskan pembikinan filem Telaga Suriram ini,” katanya pada sidang media Telaga Suriram di Restoran The Majapahit, baru-baru ini. 

Pengarah, Osman Ali
Pengarah, Osman Ali

Telaga Suriram yang bakal diterbitkan Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat produksi milik Osman sendiri iaitu Nuansa Films adalah sebuah filem yang bergenre drama mistik seram yang berlatarbelakangkan tahun 1985. 

Menurut Osman, secara peribadi dia memang menyukai dan meminati filem-filem yang bergenre seram. 

“Lagipun saya sudah lama menyimpan cerita ini. Jadi saya ingin persembahkannya kepada penonton filem.

“Filem bergenre sebegini juga, dari dulu sampai sekarang, memang sering mendapat sambutan. 

Telaga Suriram bagaimanapun, bukanlah sekadar sebuah filem yang bergenre seram semata-mata. Tetapi ia juga akan disuntik dengan cerita serta perwatakan yang menarik beserta nilai komersilnya yang tersendiri.

“Apa yang signifikan di dalam filem ini juga adalah nilai kasih sayang dalam kehidupan.

“Tidak kisahlah genre filem apa pun yang pernah saya hasilkan selama ini, tapi elemen kasih sayang dan nilai kemanusiaan memang sering saya terapkan dalam filem-filem saya.

“Akan tetapi, persoalan utama yang cuba saya angkat di dalam filem ini sebenarnya adalah sikap suka fitnah, mengata dan buruk sangka sesama manusia.

“Jika kita kaji, dari dulu hingga sekarang, sikap-sikap seperti ini tidak pernah terhakis dalam diri masyarakat kita,” katanya lagi. 

Telaga Suriram juga bakal dijayakan barisan pelakon yang bukan calang-calang hebatnya iaitu Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda dan Scha Alyahya. 

Namun, Osman Ali mengakui bahawa dalam filem ini, tidak ada satu pun watak utama yang menjadi dominan.

“Keempat-empat pelakon ini akan menjayakan watak utama untuk mengajak penonton mengikuti kisah perjalanan hidup mereka. 

“Setiap seorang daripada mereka mempunyai kisah dan cerita mereka sendiri dalam memperjuangkan hak dan kebenaran masing-masing. 

“Berdasarkan ini, apa yang saya boleh katakan, keempat-empat watak ini adalah dominan, termasuk sebuah watak yang akan dijayakan seorang pelakon lelaki dari Indonesia,” katanya. 

Jelas Osman lagi, dia sememangnya mahu bekerjasama lagi Maya dan Farid di dalam filem ini. Memang saya sudah bayangkan Maya untuk membawakan watak sebagai Rohaya dan bagi saya, tiada yang lebih sesuai untuk bawakan watak sebagai Zakir, melainkan Farid Kamil. 

“Untuk watak Maimon, sewaktu saya menulis, saya memang sudah bayangkan Nabila. Sebelum ini, saya tidak pernah bekerjasama dengan Nabila. 

“Tapi, saya juga tidak pasti sama ada dia berminat untuk bekerja dengan saya atau tidak. Saya hubunginya dan walaupun terdapat beberapa halangan pada awalnya, tapi, Alhamdulillah, akhirnya hasrat saya untuk mendapatkan Nabila menjadi kenyataan. 

“Untuk watak Karmila, saya akui pada awalnya saya mempunyai beberapa pilihan. Tapi selepas beberapa kali menilai, saya akhirnya memilih Scha kerana dia adalah calon yang terbaik. 

“Paling sukar adalah untuk memilih pelakon cilik untuk menjayakan watak Suriram kerana ia sungguh mencabar.

"Untuk memastikan setiap pelakon dapat menjayakan watak mereka dengan baik, kita juga turut menggunakan khidmat Ellie Suriaty Omar sebagai jurulatih lakon,” katanya. 

Telaga Suriram mengisahkan tentang kejadian di sebuah kampung terpencil. Insiden kehilangan seorang anak kecil bernama Suriram menjadi misteri. Pelbagai cerita orang kampung tentang korban saka dan ansir mistik menjadi bualan hangat. 

Rohaya (Maya Karin) dan Sopian terus berusaha mencari anak mereka yang hilang. Seorang gadis bisu yang menjadi pengasuh Suriram iaitu Maimon (Nabila Huda) menjadi suspek utama pembunuh Suriram. 

Zakir (Farid Kamil), bakal seorang pemimpin muda memperjuangkan keadilan buat Suriram membantu seorang pegawai penyiasat bernama Karmila (Scha Al Yahya).

Mereka bersama-sama menyiasat dan memperjuangkan keadilan terhadap kematian Suriram. 

Penggambaran Telaga Suriram yang akan bermula 20 Januari ini sehingga 10 Mac akan diadakan di di beberapa lokasi iaitu Perlis, Kedah dan Perak. Manakala untuk babak bawah air, penggambaran akan dilakukan di Kuala Lumpur.  - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Percaya Kepada Rezeki, Scha Alyahya Tidak Gusar Sokong Palestin

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

3

Selebriti 8 bulan yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

4

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran