web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Bukan calang-calang, program realiti ini bakal menampilkan barisan artis-artis hebat industri hiburan Malaysia dan Korea Selatan termasuk BamBam dan Son Sung Deuk.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 8:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun belum disiarkan di kaca televisyen, program terbaharu TV3, ‘Master In The House’ sering menjadi sebutan warganet sejak kebelakangan ini.

Diadaptasi daripada program realiti popular Korea Selatan, ‘Master In The House Malaysia’ (MITH) merupakan kolaborasi pertama antara Primeworks Studios dan stesen penyiaran, SBS Korea.

Bakal disiarkan selama 10 episod, lima selebriti popular Malaysia iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam akan berguru dengan lapan orang ‘Master’.

Barisan ini terdiri daripada nama-nama terbesar industri hiburan Malaysia dan Korea Selatan. 

“Setakat ini kami belum pernah buat kolaborasi bersama mana-mana pihak stesen televisyen yang begitu ‘gah’ seperti SBS Korea. 

“Tujuan kami adalah untuk memberi peluang kepada artis Malaysia dan kru penerbitan menimba ilmu dan kemahiran daripada karyawan-karyawan hebat ini. 

“Kami telah menjalani sesi penggambaran bersama pihak SBS selama 10 hari di Korea Selatan bermula hujung bulan Oktober tahun lepas untuk dua episod. Episod yang lain pula dirakamkan di Malaysia. 

“Jadi sudah tentunya, terbitan bersama ini telah membuahkan hasil yang sangat memuaskan.

“Sepanjang penggambaran, kami berpeluang untuk bertukar idea dan menimba pengalaman dalam usaha menyajikan sesuatu yang berkualiti dan ‘baharu’ buat para penonton di rumah,” kata Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

Dalam setiap episod, Hael, Scha, Sharifah Rose, Andi dan Meyrasam akan diperkenalkan dengan seorang ‘Master’ tanpa mengetahui siapa mereka terlebih dahulu.

Mereka diberikan cabaran untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diamanatkan oleh Master dalam tempoh dua hari satu malam.

Apa yang menarik lagi, rancangan ini turut menampilkan dua ikon Korea Selatan iaitu, BamBam dari kumpulan K-pop GOT7 dan Son Sung Deuk, pengarah HYBE Performance dan koreografer kumpulan K-pop sebagai ‘Master’ tetamu. 

Barisan ‘Master’ dari Malaysia pula terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang berwibawa, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor di Malaysia, Datuk Rashid Sidek, legenda badminton negara, Sherson Lian, cef selebriti dan hos televisyen Malaysia dan Usamah Zaid, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan pengarah siri animasi Ejen Ali.

“Saya dapat merasakan yang MITH Malaysia bakal menjadi program yang terhebat buat tahun 2022. Inilah variety show pertama yang saya terbitkan sendiri. 

“Apa yang saya boleh rumuskan, kami belajar banyak daripada produksi luar negara dan menerusi pengalaman ini kami dapat menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

“Penggambaran di sana lebih canggih, tersusun dan menggunakan lebih banyak tenaga kerja. Saya begitu teruja apabila melihat alat-alat kamera yang digunakan ketika penggambaran. Mana tidak, bila mereka menggunakan tak kurang daripada 20 kamera bagi satu penggambaran. 

“Selain itu, kami juga sangat bertuah kerana dapat melibatkan Bambam dan Son Sung Deuk buat program ini. Malah kami juga berkesempatan untuk menggunakan studio tarian yang sama dengan kumpulan BTS dalam salah satu episod.

“Kerjasama antara selebriti juga sangat menakjubkan lebih-lebih lagi mereka baharu sahaja berkenalan. Susah untuk dapat chemistry yang begitu natural dalam masa yang singkat seperti ini.

“Setiap selebriti juga sangat proaktif dan berani untuk keluar dari zon selesa masing-masing bagi menyahut setiap cabaran,” jelas Ahmad Azahari Mohamad Ali, Penerbit MITH Malaysia.

Ikuti pengembaraan istimewa kelima-lima selebriti ini dalam ‘Master In The House Malaysia’ mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu jam 10 malam hingga 11 malam di TV3. Anda juga boleh menyaksikan program ini secara dalam talian di Tonton dan YouTube rasmi TV3. - Getaran, 11 Disember 2022

Semua gambar: Primeworks Studios

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

2

TARA 2 tahun yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN