web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'The French Dispatch' - Sebuah Rekayasa Yang Tampak Nyata Namun Menghiburkan

Biarpun semuanya hanyalah khayalan dan rekaan, Wes Anderson berjaya membuat filem ini kelihatan seperti satu dokumentari berkenaan watak dan majalah yang benar-benar pernah wujud di Perancis.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jan 2022 3:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal dengan gaya pengarahannya yang agak eksentrik dan unik, Wes Anderson, sutradara yang pernah tercalon untuk Anugerah Academy kembali dengan sebuah lagi karya hebat dan menghiburkan.

Sebelum menonton karya ini penulis sudah tertarik dengan sedutan filemnya yang dimainkan sebagai promosi buat penonton beberapa bulan lalu. Dengan gaya khas Anderson yang gemar bermain warna dalam persembahan visualnya, The French Dispatch meriah dengan aneka rona yang menghidupkan lagi penulisan layar filem ini.

Membariskan nama-nama tersohor dunia perfileman seperti Bill Murray, Benicio del Toro, Adrien Brody, Tilda Swinton, Owen Wilson dan ramai lagi, filem ini merupakan sebuah komedi yang menggabungkan beberapa kisah menarik dan disatukan lewat sebuah majalah rekaan yang dikenali sebagai The French Dispatch.

Majalah ini diterajui oleh seorang ketua pengarang asal Amerika Syarikat bernama Arthur Howitzer Jr. yang tegas namun disayangi oleh para pengarang dan penulisnya. Apa yang membezakan majalah tersebut adalah ia diterbitkan dari sebuah kota rekaan di Perancis bernama Ennui-sur- Blasé ( dalam Bahasa Perancis bermaksud ‘Bosan-Nan-Hambar’). 

Namun, setiap kejadian yang berlaku di sekitar bandar itu dijadikan bahan bacaan menarik buat pembaca di Amerika Syarikat dan kemudian menjadi salah satu majalah langganan tersohor dunia.

Kisah dibuka dengan suara pencerita yang menjelaskan tentang kematian Howitzer dan bagaimana majalah itu bermula. Kematian tersebut telah mengumpulkan semua pengarang jabatan dan penulis di pejabatnya untuk mengabadikan beberapa cerita sebagai satu penghormatan terakhir yang juga berperanan sebagai obituari khas untuk mengingati Howitzer serta majalah tersebut.

Di situlah empat buah kisah dibentang dan digabungkan menjadi tunjang filem ini. 

Secara peribadi, mereka yang bekerja sebagai wartawan apatah lagi penulis majalah mungkin akan menyukai tayangan gambar ini kerana dapat mengaitkan latar belakang filem dengan pekerjaan masing-masing.

Lebih istimewa buat penulis yang pernah melanjutkan pengajian di Perancis, The French Disptach berjaya membawa penulis mengenang kembali zaman kuliah di negara tersebut.

Namun, ini tidak bermakna penonton lain tidak akan menyukainya kerana alur cerita digarap dengan baik, lengkap dengan unsur yang wajar ada dalam sebuah filem yang dianggap bagus.

Disulam dengan bait-bait satira yang tidak dapat lari dari karya Anderson sebelum ini, setiap kisah dalam filem ini semestinya ada unsur memerli atau mengejek masyarakat yang ada dewasa kini.

Dan, biarpun ada pengkritik yang mungkin memberikan komentar secara teknikal dan gemar memperdebatkan estetika serta karya seni, tujuan filem secara umum adalah untuk menghibur dan meluahkan buah fikiran si pencerita. 

Lantas, buat penulis tujuan tersebut telah dicapai dengan baik.

Akan ada banyak babak yang mengundang senyuman dan tawa, namun ada juga bibit-bibit yang agak mencemaskan biarpun ia sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata.    

Berbekalkan dialog lucu, kenyataan-kenyataan pedih tapi benar di samping seni visual menarik yang dijiwai oleh pelakon-pelakon terhebat Hollywood, The French Dispatch ada harapan menjadi calon anugerah Academy seperti karya Anderson, The Grand Budapest Hotel sebelum ini. 

The French Dispatch akan mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini. - Getaran, 6 Januari 2022. 

Rating : 4 Getar

Gambar: Disney

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN