web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syafeek, Zazo Juara ‘Lagu Cinta Kita’ Musim Ketiga

Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan hamper barangan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 3:10PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah berjuang beberapa minggu, rezeki akhirnya memihak kepada Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli yang dinobatkan sebagai juara di pentas akhir Lagu Cinta Kita Musim Ketiga, semalam. 

Menyanyikan lagu 'Akhirnya Kini Pasti' nyanyian Anita Sarawak dan lagu baharu 'Bagai Cahaya', mereka berdua membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000 serta hamper barangan tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea. 

Manakala naib juara menjadi milik Fadli Hariz dan Norwanie yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan hamper barangan tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea.

Mereka juga memenangi Flavettes Glamz Couple Award dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan hamper barangan tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea.  

Selesa di tempat keempat, Achik Asrain dan Maria Khairul pemenang tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper barangan tajaan tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea. 

Malam tadi, kesemua peserta mempersembahkan dua buah lagu iaitu sebuah lagu 'cover' dan sebuah lagu baharu.

Ini merupakan kali pertama para finalis program ini memiliki sebuah single dan ia sudah mula diperdengarkan di radio Hot FM pada minggu ini. 

Video muzik bagi keempat-empat lagu ini dapat disaksikan di YouTube TV3Malaysia Official mulai hari ini.

Pentas akhir Lagu Cinta Kita Musim Ketiga dihoskan oleh Ain Edruce dan Sean Lee, manakala Hael Husaini hadir sebagai juri jemputan di samping juri tetap, Ajai dan Mas Idayu.

Selain itu, Aina Abdul dan Hael Husaini turut mempersembahkan lagu istimewa berjudul ‘Manusia Kuat’ oleh Tulus.

Rancangan ini diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’ dari Korea Selatan. - Getaran, 27 Disember 2021

Gambar : Ihsan TV3

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN