web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Liza Abdullah Terharu Bakat Diiktiraf Selepas 4 Dekad

Meskipun harus menunggu 40 tahun baharulah karier lakonannya diiktiraf, Liza tidak pernah sekalipun mengeluh kecewa apatah lagi terfikir untuk menoktahkan karier lakonan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 8:47AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ternyata watak Mak Leha dalam '7 Hari Mencintaimu' begitu mengesankan sehingga melayakkan Liza Abdullah membawa pulang trofi Pelakon Antagonis Terbaik Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) baru-baru ini. 

“Saya sangat terharu setelah 40 tahun, akhirnya orang angkat bakat saya ke tahap ini dan menganggap saya masih relevan walau sudah lama dalam industri,” katanya kepada media dalam keadaan terharu. 

Pelakon itu memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada pihak juri yang memilih lakonannya dalam drama '7 Hari Mencintaimu 2' untuk kemenangan kali ini. Liza turut meluahkan rasa terharu terhadap sokongan peminatnya kerana sentiasa mempercayai kerja seninya selama ini.

Meskipun harus menunggu 40 tahun barulah karier lakonannya diiktiraf, Liza tidak pernah sekalipun mengeluh kecewa apatah lagi terfikir untuk menoktahkan karier lakonan.

“Saya menganggap kerja seni sebagai minat. Bila ‘down’ kita mungkin rasa nak berehat seketika. Namun, sebagai pelakon tidak pernah terlintas nak berhenti kerana tahu saya akan merindui bidang ini. 

“Jadi, selagi diberi peluang dan masih diperlukan, saya akan terus berjuang," katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media Anugerah Drama Sangat baru-baru ini. 

Biarpun sudah sebati dengan watak Mak Leha,  Liza sebenarnya ingin mempelbagaikan watak agar peminat dapat melihat kemampuannya dan tidak hanya terikat dengan karakter antagonis semata-mata.  

“Sebagai pelakon, kita tidak boleh ada watak pilihan. Kita kena versatil. Oleh itu, saya cabar diri untuk bawa semua jenis watak supaya tidaklah orang ingat Liza Abdullah sebagai antagonis semata-mata. Saya nak buat orang percaya dengan watak berlainan pula,” tambahnya lagi. 

Turut sama-sama tercalon bagi kategori tersebut ialah Datin Fadilah Mansor, Didie Alias, Mimi Lana dan Ruhainies. Namun, nampaknya rezeki menyebelahi Liza Abdullah kali ini. 

Terdahulu, majlis Anugerah Drama Sangat 2021 yang berlangsung di World Trade Centre KL pada Sabtu ditangguhkan berikutan banjir yang melanda premis acara.  Anugerah kemudian disambung keesokkan hari dan disiarkan secara langsung menerusi program Melodi. - Getaran, 20 Disember 2021

Gambar: Ihsan Drama Sangat

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN