Berita Terkini

6 jam yang lalu: Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda akta pencen - Lukanisman 6 jam yang lalu: Kes VLN Zahid: pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei 6 jam yang lalu: Semua pihak disaran buat semakan ketepatan tarikh hijrah pada jam digital azan 6 jam yang lalu: Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka 6 jam yang lalu: Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

IKUTI KAMI


'WandaVision' Pilihan Amerika Syarikat Untuk Bulan Januari

Apa yang nombor satu di sini mungkin tidak sama dengan di negara lain. Mari kita jenguk senarai siri TV dan filem pilihan para penonton di Amerika Syarikat untuk bulan Januari 2021.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2021 11:22AM

Gambar: Twitter @disneyplus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut penyedia analitik TVision dan Variety Intelligence Platform, siri baru 'WandaVision' merupakan siri paling tinggi jumlah penonton sepanjang bulan Januari 2021 di Amerika Syarikat.

'WandaVision' yang ditayangkan di Disney+ mempunyai saiz penonton berindeks sebesar 8,127. Ini bererti ia ditonton hampir 81.3 kali lebih berbanding siri lain yang diukur oleh TVision merentasi semua platform SVOD (Video Atas Permintaan Berasaskan Langganan) pada bulan Januari.  

Jumlah itu adalah lebih tinggi daripada siri ‘Bridgerton’ yang ditayangkan di Netflix dan filem animasi Soul yang ditayangkan di Disney+. 

Gambar: Twitter @pixarsoul
Gambar: Twitter @pixarsoul

Siri ‘The Gambit Queen’ (Netflix) yang menjadi buah mulut ramai warganet pada hujung tahun 2020 tidak berjaya menembusi senarai 10 teratas pemerhatian bulan Januari ini.

Walau bagaimanapun, ia berjaya memasuki senarai itu pada tangga ke-9 pada bulan Disember 2020. Pada bulan itu, filem animasi Soul berada di tempat pertama dan diikuti oleh filem Christmas Chronicles: Part Two dan filem Wonder Woman 1984.

Kedudukan siri 'WandaVision' di tempat tertinggi pada bulan Januari 2021 menghentikan spekulasi bahawa platform Disney+ terlalu bergantung kepada populariti siri 'The Mandalorian.'

Gambar: Twitter @themandalorian
Gambar: Twitter @themandalorian

Ia juga angka yang membanggakan memandangkan siri berdasarkan Marvel Cinematic Universe itu mula ditayangkan di Disney+ pada 15 Januari 2021. 'Bridgerton' mula ditayangkan di Netflix pada 25 Disember 2021. 

Namun begitu, Netflix ada mengeluarkan penyata media pada penghujung bulan Januari 2021 menyatakan bahawa 'Bridgerton' telah ditonton oleh 82 juta isi rumah di seluruh dunia sepanjang 28 hari pertama tayangan. 

Ia berada dalam 10 tempat teratas (dalam platform Netflix) di semua negara kecuali Jepun dan mendapat tempat pertama di 83 negara termasuk AS, UK, Perancis, India dan Afrika Selatan. 

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

Kembali ke laporan TVision dan Variety Intelligence Platform, walaupun siri yang ditayangkan di Disney+ menduduki tempat tertinggi dalam senarai siri/filem yang paling ramai penonton, platform tontonan pilihan rakyat Amerika ialah Netflix. 

23 peratus menggunakan Netflix, diikuti dengan Hulu (12 peratus), Amazon Prime Video (5 peratus), Disney+ (3%), HBO Max (2 peratus) dan Apple TV (1 peratus) 

TVision mengukur data penonton semua SVOD utama Amerika Syarikat (termasuk Netflix, Amazon Prime Video, Hulu, Disney+, Apple TV+, HBO Max, Peacock, CBS All Access dan Discovery+) serta AVOD (Video Atas Permintaan Berasaskan Iklan) (YouTube, the Roku Channel, Pluto TV, Tubi). 

Syarikat analitik ini menjejak hampir 25,000 tajuk dalam sekitar 5,000 isi rumah (14,000 individu) seluruh Amerika Syarikat yang menggunakan televisyen yang bersambung dengan internet.  

Tontonan melalui peranti mudah alih tidak diambil kira. 

Berikut adalah ringkasan data daripada pemerhatian ini: 

Januari 2021 (Angka jumlah penonton berindeks) :

  1. WandaVision (Musim 1) (Disney+)- 8.13k
  2. Bridgerton (Musim 1) (Netflix) - 6.81k
  3. Soul (Filem animasi) (Disney+) - 6.54k
  4. Night Stalker: The Hunt for a Serial Killer (Musim 1) (Netflix)- 4.95k
  5. History of Swear Words (Musim 1) (Netflix)- 3.01k
  6. Cobra Kai (Musim 3) (Netflix)- 3k
  7. Frozen 2 (Filem animasi) (Disney+)- 2.9k
  8. Wonder Woman 1984 (filem) (HBO Max)- 2.88k
  9. Lupin (Musim 1) (Netflix)- 2.63k
  10. Cocomelon (Musim 1) (Netflix) - 2.17k

(Dibaca sebagai: ‘WandaVision’ ditonton hampir 81.3 kali lebih berbanding siri lain yang diukur oleh TVision merentasi semua platform SVOD di Amerika Syarikat pada bulan Januari.)

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 hari yang lalu

10 Fakta Menarik Tentang Filem 'Buya Hamka' Lakonan Vino G Bastian Dan Laudya Cynthia Bella

2

TARA 6 hari yang lalu

Banyak Cabaran Yang Dilalui Vino G Bastian Kala Menghidupkan Watak Tokoh Penting Buya Hamka

3

Sukan 6 hari yang lalu

Azeem Raih Emas Acara 100 Meter Di Florida

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

3 Treler Filem Termahal Indonesia, 'Buya Hamka' Dilancarkan Pada 1 Ramadan

Sorotan

1

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

2

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Cincin Di Jari, Bunga Sudah Dirisik Keluarga Kekasih

oleh Wafa Aula

Muzik 18 jam yang lalu

Bawakan Konsep Cinta, Giliran Andmesh Adakan Konsert Di Kuala Lumpur Jun Ini!

Pemilik nama sebenar Jeandmesh Antonio Kamaleng itu akan membawakan 15 lagu untuk konsertnya yang bakal berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 4 Jun nanti.

oleh Wafa Aula

Filem & TV 1 hari yang lalu

Izzue Islam Dipilih Sebagai Hos Baru Muzik Muzik 38, Tiada Isu Mencaras Tempat Muaz

Pernah dijemput sebagai hos undangan, siapa sangka tuah menjadi milik artis serba boleh, Izzue Islam apabila dia dipilih menjadi hos program hiburan Muzik Muzik...

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

10 Fakta Menarik Tentang Filem 'Buya Hamka' Lakonan Vino G Bastian Dan Laudya Cynthia Bella

oleh Helmi Anuar