Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mustahil Ada Orang Boleh Ganti Shuib - SEPAHTU

SEPAHTU merasakan sudah masanya mereka mencari bakat baharu untuk menjadi pelapis industri komedi tanah air. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 2:02PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan pelawak SEPAHTU menafikan kewujudan rancangan pencarian bakat terbaharu bertujuan untuk mencari ahli kumpulan bagi menggantikan Shuib yang sedang berehat dari pentas komedi buat beberapa ketika. 

Rancangan terbitan Astro Warna, 'Mencari Sepahtu Yang Hilang itu' tidak lain dan tidak bukan bertujuan mencari individu yang boleh menjadi pelapis untuk program dan rancangan komedi pada masa akan datang.

Sudah masanya untuk industri mempunyai wajah baharu dan muda bagi meneruskan kemeriahan pentas komedi dan sitkom tanah air.

“Kami bukan mencari pengganti Shuib kerana memang mustahil ada yang boleh menggantikannya. Peserta yang terpilih akan diberi peluang untuk membuat persembahan di atas pentas Sepahtu Reunion live.

 “Apalagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan hari ini di mana kita semua berisiko menjadi kontak rapat dengan individu yang terkena COVID-19.

"Bila dalam keadaan yang genting seperti ini, setidak-tidaknya kita ada seseorang yang boleh menggalas tugas untuk mengisi rancangan komedi ini,” kata Jep ketika ditemui Getaran di majlis sidang media 'Mencari Sepatu Yang Hilang' baru-baru ini. 

Bukan itu sahaja, daripada 12 kumpulan yang sudah disaring, akan ada sebuah anugerah iaitu Kasut Emas yang bakal diberikan kepada individu paling menonjol sepanjang program ini berlangsung. 

“Pemenang akan berpeluang beraksi bersama kumpulan SEPAHTU di pentas Sepahtu Reunion Live. Walaupun kumpulan itu juara, tidak semestinya pemilik kasut emas datang daripada kumpulan yang sama. Mereka akan bersaing sesama sendiri dan saya anggap ia persaingan yang sihat,” tambahnya. 

Bukan itu sahaja, Shuib juga telah dimaklumkan mengenai program ini dan sangat menyokong untuk projek pencarian bakat ini diadakan. 

Terdahulu, Shuib membuat kejutan apabila muncul di pentas Sepahtu Reunion Live 2021 episod akhir. Kemunculan Shuib dalam program itu membuatkan Jep, Pak Ya dan Rahim terkejut dalam kegembiraan.

Bukan itu sahaja, warganet juga tidak dapat menahan sebak melihat kemunculan pelawak itu setelah sekian lama walaupun hanya berdurasi seminit di atas pentas.

Melalui program ini juga, ahli SEPAHTU bakal menggalas tanggungjawab sebagai juri program ini. Pembahagian markah 100 peratus terdiri daripada tiga kategori utama iaitu idea (35%), kreativiti (35%) dan jalan penceritaan (30%).

Penyingkiran mingguan akan dibuat ke atas kumpulan yang mendapat markah terendah. Juara akan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM30,000 beserta trofi.

Manakala Naib Juara bakal membawa pulang RM15,000 beserta trofi. Tempat ketiga pula memenangi RM9,000, keempat sebanyak RM6,000 dan kelima dengan RM3,000, kesemuanya beserta trofi sumbangan Astro.

Mencari Sepahtu Yang Hilang bakal menemui anda setiap Khamis mulai 2 Disember ini jam 9 malam di saluran 107 Astro Warna. - Gegaran, 30 November 2021

Gambar: Astro dan Instagram @shuibsepahtu 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 10 bulan yang lalu

Shuib, Watie Nikah 23 Jun Ini, Tiada Majlis Resepsi, Dapat Tajaan Lebih RM1 Juta

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Persiapan Sudah 30 Peratus - Shuib Bakal Nikahi Wati Bulan Jun Ini, Raya Bersama Keluarga Bakal Isterinya Tahun Ini

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dikecam Netizen Gara-Gara Dikatakan Menyokong Syamsul Yusof Selepas Ucap Tahniah, Ini Penjelasan Shuib 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Shuib Minta Jangan Timbulkan Spekulasi Tidak Benar Tentang Hubungannya Dengan Watie 

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Muzik 53 minit yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Filem & TV 8 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN