web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem ‘No Time To Die’

Akhirnya filem ejen perisikan British 007 yang terbaru iaitu ‘No Time To Die’ telah memulakan tayangan di Malaysia pada 25 November 2021 setelah tertunda hampir dua tahun.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 2:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah tertunda hampir dua tahun, akhirnya filem ejen perisikan terkenal British, No Time To Die menemui penonton seluruh dunia. Di Malaysia, filem ini mula ditayangkan pada 25 November 2021.

Ada banyak sebab kenapa anda harus menonton filem yang dibintangi oleh Daniel Craig sebagai James Bond ini terutamanya buat peminat setia Ejen 007. Diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga, No Time To Die adalah filem ke-25 dalam francais filem James Bond

 

Filem terakhir Daniel Craig sebagai James Bond

No Time To Die adalah filem kelima dan yang terakhir buat Daniel Craig sebagai James Bond sejak membuat debut sebagai Ejen 007 menerusi filem Casino Royale pada tahun 2006.

Daniel juga bertindak sebagai salah seorang penerbit untuk filem No Time To Die. Sewaktu menjalani penggambaran filem ini, Daniel telah mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan buku lalinya patah. 

 

Ejen 007 wanita

Dalam filem ini, anda bakal saksikan buat kali pertama seorang wanita memegang peranan sebagai Ejen 007 dan tanggungjawab itu digalas oleh aktres, Lashana Lynch.

Lashana memegang watak Nomi,  Ejen 007 yang baharu selepas James Bond bersara selama lima tahun sebelum kembali bertugas semula untuk menyelesaikan misinya.

 

Bond Girl yang sama kembali untuk sekuel

Buat pertama kalinya, watak utama wanita atau lebih dikenali sebagai Bond Girl kembali untuk francais filem James Bond. Watak Madeline Swann lakonan Lea Seydoux iaitu seorang pakar psikologi yang juga merupakan cinta hati terbaharu James Bond kembali dalam filem No Time To Die selepas kali pertama membuat kemunculan dalam filem Spectre. 

 

Kemunculan watak kanak-kanak

Buat pertama kalinya dalam sejarah filem James Bond, watak kanak-kanak diwujudkan. Watak kanak-kanak perempuan bernama Mathilde antara tunjang utama filem ini. 

 

Sarat emosi

Boleh dikatakan filem No Time To Die adalah paling sarat emosi jika dibandingkan dengan 24 siri filem terdahulu.

Selepas Casino Royale, anda bakal saksikan sekali lagi James Bond akhirnya jatuh cinta setelah kehilangan cinta hatinya iaitu, Vesper Lynd.

Mungkin juga anda bakal menitiskan air mata menonton filem ini jika anda merupakan peminat tegar watak James Bond dan Daniel Craig. 

 

Rami Malek sebagai penjahat

Watak antagonis untuk filem ini digalas oleh pemenang anugerah Oscar, iaitu Rami Malek. Rami memegang watak Lyutsifer Safin iaitu ketua pengganas yang mempunyai misi untuk memusnahkan ahli Spectre menerusi virus. 

 

Teknologi canggih

Jika anda perasan, kebanyakan filem James Bond yang dibintangi oleh Daniel Craig, tidak memaparkan penggunaan gajet yang canggih seperti filem-filem James Bond yang lain.

Tetapi untuk filem No Time To Die ini, anda bakal saksikan penggunakan gajet serta kenderaan canggih yang direka khas dalam misi menentang musuh. 

 

Sinopsis

No Time To Die mengisahkan tentang James Bond yang cuba membuka hatinya untuk mencintai Madeleine sepenuh hati kerana hatinya masih terkenangkan kekasihnya iaitu Vesper Lynd. Ketika melawat kubur Vesper, satu kejadian telah berlaku. 

Sikap Madeleine yang banyak berahsia membuatkan Bond meraguinya sehingga menyebabkan mereka berpisah selama lima tahun. Sepanjang lima tahun Bond telah bersara dari menjadi Ejen 007 dan tinggal seorang diri di sebuah pulau. 

Makmal milik M16 telah diceroboh dan saintisnya telah diculik. James kembali untuk menjejaki saintis berkenaan yang kini bekerja dengan ketua pengganas yang dikenali sebagai Lyutsifer Safin.

Untuk menjejaki Safin, James perlu bertemu ketua kumpulan Spectre iaitu Blofeld yang telah dipenjara. Di sana dia telah bertemu semula dengan Madeleine. 

James kemudian menjejaki Madeleine ke rumah lamanya dan mendapati Madeleine kini mempunyai seorang anak perempuan. Tetapi dia telah menafikan budak perempuan berkenaan adalah anak Bond.

Safin telah menculik Madeleine serta anak perempuanya dan membawa mereka ke sebuah pulau yang akan membongkar segala rancangan jahatnya. 

Sebagai seorang peminat siri filem James Bond, semestinya No Time To Die adalah filem yang wajib ditonton kerana penamatnya akan menjelaskan segalanya. Selamat menonton. - Getaran, 25 November 2021

Rating: 4 Getar

Terima kasih kepada Da Men Mall USJ dan Dadi Cinema kerana menganjurkan tayangan 'No Time To Die'.

Gambar: Laman sesawang rasmi filem 007 dan IMDB

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengurusan Emosi, Aktiviti Di PPS Antara Tugas JKM Ketika Musim Banjir

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Cakra Khan Dedah Mesej Terakhir Arwah Bapa Semasa Konsert Di KL!

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem Smile: Kita Tidak Akan Mengingati Senyuman Dengan Cara Yang Sama

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Dolla Cabar Diri Bawa Lagu Balada Melankolik, Akui Naim Daniel Dan Cikgu Shafi Banyak Membantu Hayati Emosi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN