web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dolla Cabar Diri Bawa Lagu Balada Melankolik, Akui Naim Daniel Dan Cikgu Shafi Banyak Membantu Hayati Emosi

Dolla memberitahu, Naim Daniel banyak membantu tidak lokek berkongsi ilmu bagi ‘menghidupkan’ lagu 'Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat' supaya dapat menyentuh emosi pendengar.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 9:53AM

Gambar ihsan Universal Music

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, mereka lebih dikenali dengan lagu pop yang bernuasakan dance muzik seperti 'Impikan', 'Bad' dan 'Berani' yang terbukti berjaya dan meraih jutaan tontonan di YouTube. Itu memang 'makanan' mereka! 

Tapi, cuba bayangkan bila Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel membawakan lagu balada yang penuh melankolik? 

Ya, buat kali pertama, kumpulan vokal tari wanita empat anggota ini tampil dengan lagu balada berjudul, 'Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat' yang dipersembahkan secara duet Naim Daniel. 

Lagu 'Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat' juga adalah ciptaan Naim bersama Adib Hamdi. 

Dolla mengakui teruja apabila berpeluang untuk bekerjasama dan berduet dengan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, menerusi lagu tersebut. 

“Walaupun lagu ini adalah sebuah karya yang berat untuk dibawakan kerana kali pertama juga kami memberanikan diri membawa genre sebegini, tapi kami bersyukur kerana dikelilingi  insan-insan hebat ketika proses rakaman dijalankan.

“Setiap anggota kumpulan Dolla diberikan bahagian untuk dinyanyikan dan kami sama-sama membantu dalam memperkemaskan lagi lagu ini supaya menjadi hadiah yang indah buat peminat,” kata Sabronzo. 

Jelas Tabby pula, Naim sangat membantu mereka serta tidak lokek berkongsi ilmu bagi ‘menghidupkan’ lagu berkenaan supaya dapat menyentuh emosi pendengar.

“Naim banyak memberikan tunjuk ajar bagi memenuhi ekspektasi yang diinginkan. Sebelum rakaman bermula kami akan meminta Naim untuk menyanyikan bahagian tertentu yang ingin ditekankan supaya peminat dan pendengar dapat menghayati lagu ini dengan penuh emosi.

“Selain bantuan Naim, kami juga diajar Cikgu Shafi terlebih dahulu dalam memastikan setiap bait-bait lirik yang disampaikan mengikut melodi lagu ini selain mengajar kami untuk lebih menjiwai ketika proses rakaman,” katanya.

Kembali semula kepada Sabronzo, 'Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat' adalah sebuah karya yang bukan hanya mengisahkan tentang cinta semata-mata, malah setiap individu boleh mempunyai definisi tersendiri terhadap lagu terbabit.

“Lagu ini boleh dikatakan sangat jelas dan bukan hanya berkisarkan cinta. Walaupun lirik dan melodinya kedengaran ke arah itu, tetapi sesiapa saja berhak menentukan maksud lagu ini mengikut situasi yang sedang mereka hadapi.

“Namun mesej utama lagu ini adalah mengenai muhasabah diri di mana kita mengharapkan orang lain dapat merasai dugaan atau situasi yang sedang ditanggung. Saya akui lagu ini agak beremosi dan sedih,” katanya. - Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN