Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


'Siapa Tutup Lampu?', Dari Teater Ke Layar Lebar

Dari pentas teater, kini Aliff Ihsan Rahman menampilkan 'Siapa Tutup Lampu?' Sebagai debut filem pertamanya buat industri perfileman tanah air. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 4:13PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teruja sebenarnya masuk ke panggung untuk menyaksikan filem debut pertama sutradara Aliff Ihsan Rahman. Pertama, penulis percaya hasil seni yang datang daripada mereka yang masih hijau pasti mempunyai sentuhan dan magis berbeza yang boleh ditawarkan kepada khalayak.

Aliff membawakan Siapa Tutup Lampu? sebagai buah tangan pertamanya kepada industri perfileman tanah air. 

Keterujaan kedua ialah kerana skrip filem yang ditulis oleh Azhar Jalil ini merupakan sebuah karya adaptasi pementasan teater yang memenangi beberapa anugerah. Sudah semestinya  penulis semakin tertanya-tanya bagaimana hasilnya dan meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini. 

Cerita Siapa Tutup Lampu? dimulakan  dengan  lima sekawan iaitu Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir dalam perjalanan menikmati percutian di Genting Highland. Entah bagaimana, tiba-tiba mereka terlibat dalam satu kemalangan.

Sebahagian tulang belakang Siapa Tutup Lampu? ketika majlis tayangan perdana baru-baru ini.
Sebahagian tulang belakang Siapa Tutup Lampu? ketika majlis tayangan perdana baru-baru ini.

Mereka kemudian berada di rumah mayat untuk sesi pengecaman jenazah Amir yang terbunuh dalam nahas itu. Di sinilah naratif filem ini bermula. 

Dari babak bilik mayat penonton akan berteka-teki, tertanya-tanya sekali gus meyakinkan penulis bahawa permulaan filem ini mungkin menjanjikan sesuatu. Penonton dibawa ke babak imbas semula apa yang berlaku dan perjalanan persahabatan mereka berlima.

Kemudian penonton di bawa kembali ke bilik mayat dan jungkir semula ke masa lalu. Ibarat kita hari ini, diberi kesempatan untuk melawat masa lalu kita. Ia penuh metafora dan mungkin ini cara pengarah mengekalkan elemen teater di dalam filemnya. Menarik sekali!

Memasuki plot penceritaan kisah ini, penonton akan dibawa mengenal betapa akrabnya persahabatan mereka berlima yang bercita-cita memenangi sebuah pertandingan perniagaan menawarkan hadiah wang tunai RM100,000. Masing-masing sudah menetapkan bagaimana mahu membelanjakan wang itu. 

Apa yang menarik mengenai filem ini, walaupun friendship thriller menjadi tema utama, elemen jenaka di dalamnya boleh tahan dengan kemunculan pelakon Mustafa Kamal. Ia secara tidak langsung menyindir drama tempatan yang selalu menampilkan watak pemilik syarikat berjawatan CEO yang mesti ada gelaran Datuk atau Tan Sri. 

Namun begitu, entah kenapa penulis merasakan di pertengahan cerita, filem ini seperti tidak kemas kerana terlalu banyak perkara yang ingin disampaikan dalam satu masa.

Ia kemudian bergerak sangat perlahan sehingga penulis tersengguk-sengguh seketika. Kurang beberapa perkara yang menangkap mata sehingga penulis hilang fokus seketika dalam panggung. 

Antara babak cemas dalam filem ini.
Antara babak cemas dalam filem ini.

Mujur filem ini meletakkan semula fokus penulis di penghujung cerita. Tiba-tiba sebuah plot yang tidak dijangka muncul seolah-olah menampar penonton menyebabkan mata penulis kembali fokus ke skrin. Ia benar-benar sebuah plot twist yang bijak dan indah. 

Ia membuatkan penonton berfikir setakat manakah nilai keikhlasan seseorang? Dalam keadaan tertentu yang mendesak, adakah kita rela mengorbankan kepentingan diri demi kebahagiaan orang lain? 

Mesejnya jelas, setiap daripada kita menyimpan kesumat dalam diri masing-masing yang kita palsukan. Setiap kepura-puraan dan dosa yang kita sembunyikan hanya akan terlerai jika kita mengakui dan meminta maaf kepada individu yang terlibat.

Aliff (tengah) selaku pengarah bersama bintang utama filem ini.
Aliff (tengah) selaku pengarah bersama bintang utama filem ini.

Namun, jika dosa yang kita lakukan kepada Tuhan, ia akan mudah terhapus tanpa menunggu masa yang lama untuk diampunkan. 

Siapa Tutup Lampu? adalah debut yang wajar dipuji walaupun lewah di pertengahan cerita. Metafora yang dimainkan, mesej, pelakon (terutamanya watak Aryana lakonan Ismi Melinda) cemerlang sekali.

Tak sabar menyaksikan lebih banyak lagi karya sentuhan Aliff Ihsan Rahman. Sokonglah karya ini dan belilah mimpi mereka supaya pendatang baharu boleh memiliki ruang dan peluang untuk menghadiahkan kita lebih banyak karya bermutu.

Anda dipersilakan menonton Siapa Tutup Lampu? di  Astro First (saluran 480) bermula 25 November ini. - Getaran, 23 November 2021

Rating: 3.5 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Selepas Diserang Virus Latah, Penduduk Kampung Latah ‘Kecoh’ Dikejar Mumia Pula 

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Kan Cheong': Cukupkah Kita Jika Hanya Sekadar Berdebar?

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Pengarah 'Mael Totey' Cabar Diri Bikin Filem CGI Rentas Masa, '35MM' 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

MK K-Clique Pernah Kerja Tarik Kereta

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 20 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN