web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Diserang Virus Latah, Penduduk Kampung Latah ‘Kecoh’ Dikejar Mumia Pula 

Sebagai kelainan, ia turut menyuntik watak-watak baru yang dibintangi hebat tanah air Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Acong Sweetchild  dan Jaafar Onn. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 8:00PM

Kampung Latah...The Mummy kali ini bergenre komedi seram. - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem dengan gelagat komedi latah yang sebelum ini pernah mencatatkan kutipan RM1 juta semasa tayangannya di Astro First tahun lalu, kembali dengan sekuel terbaru, Kampung Latah...The Mummy yang kali ini bergenre komedi seram. 

Masih lagi diarahkan Azizi ‘Chunk’ Haji Adnan, filem ini juga masih lagi mengekalkan sebahagian pelakon asalnya seperti Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi. 

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Namun sebagai kelainan, ia turut menyuntik watak-watak baru yang dibintangi barisan pelakon hebat tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar serta  pempengaruh (influencer), Ilham Abata. 

Penerbit Kampung Latah...The Mummy dan Wakil MEGAPINE (M), Hazil Izham Ismail berkata, selepas filem Kampung Latah Kena Kuarantin menerima sambutan baik daripada penonton pada tahun lalu, pihaknya tidak teragak-agak untuk menampilkan sekuel seterusnya kerana yakin komedi dan konsep jalan cerita yang dipersembahkan boleh diterima  penonton. 

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

“Menariknya untuk sekuel terbaru iaitu Kampung Latah...The Mummy ini adalah ia banyak memaparkan lebih aksi dan lebih telatah komedi, selain mengekalkan konsep latah. 

“Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI. 

“Selain itu, turut menampilkan watak baru yang dijayakan barisan pelakon popular dan itu menjadi satu cabaran buat produksi untuk menghimpunkan mereka dalam setiap babak. 

“Meskipun filem ini menonjol elemen komedi, namun turut menyelitkan mesej-mesej positif yang mampu dijadikan pengajaran dan ingatan buat penonton. 

“Kami berharap agar Kampung Latah...The Mummy mampu menghiburkan semua golongan penonton dan sekaligus mengulangi pencapaian box office di Astro First,” katanya.

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. 

Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. 

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Seperti biasa, Ajin, Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.  

Kampung Latah...The Mummy bakal ditayangkan di Astro First bermula 25 Ogos 2022 ini boleh distrim di Astro Go atau On Demand.  – Getaran, 19 Ogos 2022

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13