Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ulasan Filem 'Kan Cheong': Cukupkah Kita Jika Hanya Sekadar Berdebar?

Filem psiko thriller memerlukan premis penceritaan yang kemas kerana perlu menukang elemen suspens, mesej yang perlu ditebak, drama dan penyampaian berkenaan psikologi kepada khalayak.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 2:18PM

Nora Danish membawakan watak Ayu dalam filem Kan Cheong. - Gambar ihsan Thinkerbell Studios

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita telah menyaksikan pelbagai genre filem tempatan mula mengisi senarai slot tayangan di Astro. Ia sebuah petanda baik menunjukkan pengkarya tempatan sudah mula bereksperimen, lari daripada kebiasaan cerita romantis atau genre seram. 

Lebih membanggakan lagi, muncul wajah-wajah baru yang mula melangkah ke area lakon layar negara. Mereka beraksi, menuang idea serta meninggalkan identiti dalam naskah yang dihasilkan. 

Gambar ihsan Thinkerbell Studios
Gambar ihsan Thinkerbell Studios

Sebuah filem bertajuk Kan Cheong yang diterbitkan Thinkerbell Studios mula menjengah Astro First saluran 480 rumah kita bermula 11 Ogos. Ia sebuah filem bergenre psiko thriller iaitu sebuah genre yang selalu mencuri perhatian dan memerlukan fokus jalan cerita lebih teliti berbanding dari sebuah naskah bergenre ‘horror’.

Dalam kata mudahnya, ia memerlukan premis penceritaan lebih kemas kerana perlu menukang elemen suspen, mesej yang perlu ditebak, drama dan penyampaian berkenaan psikologi kepada khalayak.

Di tangan pengarah baru, Noor Azlan Shah mempertaruhkan Kan Cheong sebagai debut kepengarahannya. Ia diambil daripada perkataan kantonis bermaksud gementar, tergesa-gesa, tegang atau marah. 

Ia tajuk yang dipilih bagi mewakili naskahnya tentang beberapa individu yang lari daripada hospital sakit jiwa. Mereka berbahaya dan dikhuatiri boleh menyakiti masyarakat jika tidak ditemui dengan segera.

Mendengar berita itu, Ayu yang tinggal seorang diri di rumah menjadi gerun. Kalau-kalau individu yang diperkatakan itu bakal datang ke rumahnya. Tiba-tiba ada dua orang lelaki muncul di pintu dan bermulalah sebuah drama dan tanda tanya sepanjang cerita ini.

Gambar ihsan Thinkerbell Studios
Gambar ihsan Thinkerbell Studios

Filem ini menampilkan tiga pemain utama iaitu Nora Danish sebagai Ayu, Jay Iswazir sebagai Aman dan Niezam Zaidi sebagai Saiful. Filem ini dibuka dengan tanda tanya di act pertama. Suspennya sudah tercetus sejak awal dan ia merupakan petanda naskah thriller yang cemerlang. Pujian perlu diberikan kepada pengarah. 

Bukan itu sahaja, lakonan tiga pemain utama dalam naskah ini juga wajar dipuji. Walaupun keberadaan watak Nora Danish sebagai pelajar universiti boleh dipersoal, namun dia membawakan watak itu dengan cemerlang sekali. Nora larut dalam emosi dan menyampaikannya dengan mengesankan sekali. Penulis tidak boleh meceritakannya secara jelas kerana gusar memberikan spoiler. 

Namun begitu, selepas 10 minit pertama, plot cerita ini menjadi sangat longgar. Suspen yang dibakar di awal-awal cerita tiba-tiba malap. Jangkaan penulis bahawa cerita ini akan memberikan lebih banyak suspen tiba-tiba merudum. 

Sayang sekali kerana jalan ceritanya dan premis filem ini sangat bagus cuma garapan persembahannya tidak begitu menjadi. Dialog cerita ini melewah-lewah dan membosankan. Penulis tertidur walaupun cerita itu hampir memasuki act kedua. Bila terjaga, ia sudah bergerak ke act kedua cuma dialognya masih sama iaitu Ayu menyuruh Aman pergi daripada rumah itu.  Mereka seolah-olah terperangkap di dalam botol kaca tidak bertumbuh dengan pantas seperti layaknya sebuah filem thriller.

Pengarah bijak bermain syot. Beberapa sudut alih kamera yang dipilih sangat cantik. Cuma ia tidak mampu menyelamatkan kedudukan cerita itu yang semakin melesukan biarpun memasuki act ketiga. 

Gambar ihsan Thinkerbell Studios
Gambar ihsan Thinkerbell Studios

Watak-watak ini semakin menonjol di bab ketiga namun persembahan garapannya tidak mengesankan. Mungkin jika diberikan masa yang lebih masa dan bajet besar, filem ini boleh dihasilkan lebih baik lagi. Ia tidak teruk, cuma ia tidak menjadi.

Pengarah menyatakan filem ini dihasikan untuk memberi kesedaran terhadap kesihatan mental. Namun setelah penulis menonton filem ini ke penghabisan, tidak ada satu mesej pun atau dialog yang mengajak penonton untuk mendapatkan rawatan atau meminta pertolongan.

Tidak ada harapan di dalam filem ini, hanya thriller semata sedangkan tujuan utamanya adalah untuk mengajak masyarakat  memahami keadaan penyakit mental. Penulis gusar jika filem ini memberikan tafsiran yang salah kepada penonton seolah-olah pesakit mental akan berlaku kejam dan mereka wajar dipinggirkan.

Namun begitu, melihat kepada naskah pertama yang dihasilkan pengarah menerusi Kan Cheong, pengarah sebenarnya sudah mempunyai identiti di tangan cuma memerlukan masa untuk mempertajam jalan cerita dan bakatnya dari jalan pengalaman. 

Kami menantikan naskah psiko thriller daripada tuan pengarah untuk masa mendatang. Teruskan berkarya kami ucapkan. - Getaran, 12 Ogos 2022

Rating: 2 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 6 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran