web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengarah 'Mael Totey' Cabar Diri Bikin Filem CGI Rentas Masa, '35MM' 

Syahmi, Asif, Yoe perlu meloloskan diri dari zaman Dinasti Cina, penjajahan Jepun dan British untuk kembali ke tahun 2020 dalam filem rentas masa berjudul '35mm' ini. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 7:49PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah muda berbakat besar yang telah menggegarkan industri filem tempatan pada tahun 2020 dengan hasil karyanya, Mael Totey The Movie iaitu Syahmi Sazli kembali mempertaruhkan filem keduanya iaitu 35mm.

Menariknya, filem 35mm bukan sahaja mempertaruhkan jalan cerita yang berkonsepkan pengembaraan masa atau ‘time travel’, malah turut padat dengan aksi mendebarkan dan hasil produksi berkualiti tinggi dengan penggunaan teknik CGI.

Ini sekali gus menyaksikan kemampuan sebenar Syahmi Sazli untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengarah kreatif dalam menghasilkan filem yang mempunyai nilai sinematik sebenar. 

Syahmi Sazli berkata, rentetan daripada sambutan positif dan komen membina terhadap filem Mael Totey The Movie, ia menyuntik semangat untuk menyahut cabaran terus berkarya menghasilkan filem.

“Terima kasih kepada Penerbit Nine Flix Production kerana meletakkan keyakinan terhadap idea ini, dan terima kasih juga kepada pihak Astro kerana membuka ruang platform untuk mempersembahkan filem 35mm," katanya.

"Menghasilkan filem yang menggunakan teknik CGI di dalam 35mm ini bukanlah forte utama saya, jadi banyak yang saya pelajari dan harap hasilnya boleh diterima ramai," katanya lagi. 

Jelasnya, cabaran lain adalah membimbing Yoe dan Asif untuk menjiwai watak dan berlakon dalam situasi yang lebih serius.

"Seperti umum tahu, sebelum ini skrip lakonan kami lebih bersahaja tetapi berbeza menerusi 35mm. Kami harap 35mm dapat mengubati rindu peminat terhadap konten daripada kami serta filem ini dapat menghiburkan ramai penonton,” tambahnya pula. 

Terdahulu Syahmi Sazli bermula dengan menghasilkan konten digital di YouTube sehingga berjaya mencuri tumpuan penonton dan menjadi tular. 

Dorongan daripada sokongan peminat yang sering menantikan konten terbarunya, membuatkan Syahmi Sazli mengambil langkah berani dengan mengarahkan filem Mael Totey The Movie

Biarpun garapan filem pertamanya itu dikritik dari aspek nilai sinematik, namun ia telah mendapat sambutan hangat sehingga berjaya meraih kutipan paling tinggi di Malaysia bagi filem tempatan pada tahun 2020 dan sekaligus mendominasi platform Astro First menjadi filem pertama mengutip lebih RM7 juta. 

Filem 35mm yang berdurasi 1 jam 47 minit ini mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam pengembaraan ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. 

Antara zaman yang dilewati adalah pada era Dinasti Cina, zaman penjajahan Jepun dan pemerintahan British. Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri.

Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali ke tahun 2020 walau apa cara sekalipun. 

Meskipun sarat dengan babak aksi namun watak mereka pasti tidak akan menghampakan penonton dengan selingan adegan-adegan komedi yang mencuit hati. Malah nilai persahabatan di antara Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi yang menjadi pelakon teraju utama di dalam filem ini turut diterapkan.

Turut membintangi filem 35mm adalah Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein, Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi.

35mm diarahkan oleh Syahmi Sazli bersama Senibayan, manakala terbitan dan produksi oleh Nine Flix Production. Sesi penggambaran telah dijalankan di Pulau Pinang. Saksikan '35mm' di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN