web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MK K-Clique Pernah Kerja Tarik Kereta

Namun begitu, siapa menyangka minat yang mendalam dalam bidang rap dan muzik telah mengubah hidupnya sehingga hari ini. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 2:51PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon MK K-Clique mengakui pernah bekerja sebagai penarik kereta sementara menunggu tawaran pekerjaan selepas tamat pengajian sebelum bergelar seorang selebriti. 

Pemilik nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan yang baru berumur 23 tahun ketika itu baru menamatkan pengajian diploma. Namun MK gagal mendapatkan pekerjaan membuatkannya bekerja sebagai penarik kereta selama dua tahun.

“Dulu saya pernah hidup susah, kerja tarik kereta dengan kawan-kawan selepas tamat diploma. Saya yakin semua pernah alami keadaan ini dan ia sesuatu yang kita perlu hadapi.

“Sekarang, saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya sentiasa beringat tempat asal saya bermula,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Namun begitu, siapa menyangka minat yang mendalam dalam bidang rap dan muzik telah mengubah hidupnya sehingga hari ini. 

“Saya sendiri pun tidak menyangka yang saya boleh menjadi seorang MK seperti hari ini. Saya percaya rezeki hari ini adalah berkat usaha, minat dan kerja yang ikhlas. 

“Sejak saya sekolah menengah, memang saya akan dengar dan hafal lagu-lagu rap. Waktu itu kita belum belajar teknik dan cara tulis lirik. Kadangkala, kami sesama ahli kumpulan K-Clique akan bertanding lawan rap,” katanya.

Menurutnya lagi, selain daripada pembacaan, lirik yang dihasilkannya banyak diperoleh daripada pengalamannya.

“Membaca penting sebab ia akan menambah kosa kata bahasa yang digunakan. Namun lirik yang saya hasilkan diambil dari pengalaman saya sendiri dan juga kawan-kawan terdekat.

“Ia sebuah ekspresi yang saya cermati daripada tiga perkara iaitu sebelum (pengalaman lalu), sekarang (apa yang kita lalui) dan masa depan iaitu perkara yang mungkin kita harapkan atau perkara yang ingin kita elak,” dedahnya lagi.

Selain menjadi seorang penyanyi, MK juga semakin giat dalam bidang lakonan. Baru-baru ini buat pertama kalinya dia menyandang watak utama bernama Noah dalam sebuah filem romantik komedi bertajuk 'Bunga dan Kayu'.

Bergandingan dengan Azira daripada kumpulan De Fam, Bunga dan Kayu menceritakan tentang seorang selebriti popular yang lari ke sebuah hotel untuk menenangkan perasaan. 

Noah kemudian bertemu Bunga iaitu salah seorang pekerja di hotel tersebut. Mereka kemudian memutuskan untuk berlakon sebagai pasangan kekasih menerusi sebuah kontrak. Namun lama-kelamaan lakonan mereka berubah menjadi kisah cinta yang nyata. 

“Saya percaya kepada rezeki. Tak kiralah sama ada ia nyanyian mahupun lakonan. Saya akan buat sebaik mungkin,” kata MK menutup temu ramah. 

Turut sama memeriahkan filem ini ialah Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah seorang finalis Big Stage, Yazmin Aziz. Anda boleh menyaksikannya di Astro First, saluran 480. - Getaran, 10 Mei 2022

Gambar: Instagram @hairiwhut
 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN