web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Kari Ayam Mama', 'Kerana Setitik Susu' Di TV9

Telefilem 'Kari Ayam Mama' lakonan Amyra Rosli dan Izzue Islam bakal ditayangkan di slot Kuasa 3 Malam, TV9 malam ini, manakala 'Kerana Setitik Susu' dibintangi Izara Aishah dan Azlee Khairi pula akan menemui penonton 30 November nanti.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 1:54PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat peminat drama tempatan, dua telefilem iaitu Kari Ayam Mama dan Kerana Setitik Susu bakal mengisi slot Kuasa 3 Malam menerusi saluran TV9. 

Telefilem Kari Ayam Mama adalah sebuah kisah komedi romantik yang menggandingkan pelakon  Amyra Rosli dan Izzue Islam. 

Ia mengisahkan tentang Nia dan jiran baharunya Rash. Disebabkan pokok kari, mereka sering bergaduh dan ia berpunca daripada satu insiden di mana Nia menuduh Rash mencuri daun kari miliknya.

Nia menjaga datuknya yang menghidap penyakit Alzheimer. Nia tidak boleh menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya selepas kematian suaminya. 

Namun, kehadiran Rash telah mengubah perasaan Nia. Untuk mengambil hati Rash, Nia cuba menjamu Rash dengan hidangan kari ayam istimewa.

Kerana Setitik Susu pula diterajui pelakon Izara Aishah dan Azlee Khairi. Ia mengisahkan kegigihan seorang penganggur, Nuh yang mula mengembala dan menjaja susu kambing demi mendapatkan upah sebotol susu kambing setiap hari bagi merawat sakit ibunya.

Namun, akhirnya ibunya meninggal dunia dan Nuh telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan. 

Nuh mencuba pelbagai pekerjaan dan dia berkenalan dengan Mia, seorang wanita yang baru diceraikan suaminya. Walaupun pemalu dan kurang keyakinan diri, Mia bersungguh-sungguh untuk bangkit demi mencari sesuap nasi.  

Kesungguhan Mia untuk melariskan jualannya membuatkan Nuh kagum dengan semangatnya. Nuh dan Mia mula menghadiri kursus keusahawanan, mempelajari cara-cara menjual susu secara atas talian dan mencuba sedaya upaya untuk mencapai target bulanan. 

Saksikan kedua-dua telefilem ini di TV9. - Getaran, 23 November 2021

Gambar: Media Prima 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Janji Happy’ Tawar Wang Tunai Sehingga RM9,000

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN