web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem Seram 'Jerangkung Dalam Almari' Taruhan Shadan Hashim Bukan Klise

Menggunakan pendekatan berbeza, Shadan Hashim mencetuskan elemen seram dengan meletakkan anak kecil dalam keadaan bahaya dan si ibu cuba melindunginya.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 7:12PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila sutradara Shadan Hashim memberitahu bahawa dia mahu menghasilkan sebuah filem berjudul Jerangkung Dalam Almari, pasti ramai mengaitkan karya baharunya ini dengan kumpulan Wings. 

Apa tidaknya, Jerangkung Dalam Almari adalah album studio keempat Wings yang diterbitkan pada 1991 dan lagu dengan judul yang sama juga turut dimuatkan dalam album tersebut. Namun, kisah filem ini sama sekali tiada kaitannya dengan intipati lagu ini.  

Sebaliknya, ia kisah tiga beradik dihantui gangguan misteri jerangkung yang menghuni sebuah almari lama di rumah ibu bapa mereka. 

Shadan
Shadan

Pernah mengarahkan tiga filem cereka iaitu Cinta 200 Ela, Haru Biru dan Volkswagen Kuning, Shadan berkata, dia benar-benar berasa puas berkarya menerusi Jerangkung Dalam Almari yang juga merupakan naskhah skrip dan lakon layar tulisannya sendiri. 

“Buat pertama kali saya berasa puas. Menerusi karya ini saya dapat mencari produser, pelakon dan kru sendiri. Saya juga dapat menghasilkan filem ini dengan sokongan semua pihak yang percaya dengan hasil kerja saya,” katanya kepada portal Getaran. 

Menurut Shadan lagi, idea Jerangkung Dalam Almari sebetulnya sangat peribadi buat dirinya kerana tercetus daripada pengalamannya sendiri membabitkan babak di kubur. 

“Bagaimanapun babak itu tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Ia terpaksa diolah dan digabungkan dengan penuh kreativiti bersama pengalaman orang lain. 

“Ketika menulis skrip ini pada 2017, saya sedang sakit. Dan, itulah saat yang memudahkan saya untuk berkarya kerana tidak berhadapan dengan sebarang gangguan. 

“Mengapa Jerangkung Dalam Almari? Sebenarnya, ia berkait rapat dengan kisah tiga adik-beradik yang sudah lama tidak menziarahi kubur ibu bapa mereka dan perkara itu menjadi makanan syaitan yang akhirnya bersarang dalam dada. Itulah metafora kepada Jerangkung Dalam Almari,” katanya. 

Untuk menghasilkan filem ini, Shadan mengakui dia banyak menonton filem seram termasuklah Oculus arahan Mike Flanagan yang menjadi rujukan utamanya. 

“Saya menonton filem-filem ini kerana mahu memahami apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam pembikinan sesebuah filem seram. 

“Juga untuk mewujudkan pendekatan dan kelainan dalam filem ini, saya meminta pengarah fotografi iaitu Indera Che Muda untuk menangkap benda-benda yang tidak nampak. 

“Dia tanya saya apa yang saya mahu? Saya mahu dia acukan kamera kepada energi. Dia Dia dapat tangkap apa yang saya mahukan dan terkejut melihat hasil kerjanya sediri," katanya. 

Bagi mewujudkan kelainan dalam karya ini, Shadan cuba elakkan perkara-perkara tipikal apabila melakukan ruqyah tidak menjerit-jerit serta tiada babak yang menyeret atau terapung. 

“Namun, unsur takut dicetuskan apabila kita meletakkan budak kecil berada dalam keadaan bahaya dan si ibu cuba melindunginya. Fungsi hero pula adalah untuk menyelesaikan segala masalah yang tercetus ini” katanya. 

Shadan juga mengakui berpuas hati dengan persembahan barisan pelakon iaitu Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Anne Abdullah serta Wan Hanafi Su. 

“Emosi yang mereka berikan dalam filem ini tidak lebih dan tidak kurang. Namun, di antara semua pelakon, saya rasa lakonan Hasnul paling cemerlang. 

“Walaupun Hasnul sudah biasa bawa macam-macam watak, kali ini dia memberikan persembahan lakonan yang cukup jitu. 

“Mungkin sebab watak itu memang saya cipta untuk dia. Waktu saya menulis skrip, saya sudah bayangkan dia yang akan bawa watak itu. 

“Wan Hanafi Su pula datang dengan persediaannya yang sama sekali tidak saya jangka. Dalam dunia persilatan, apabila seseorang itu bermain dengan kain, tahap ilmunya itu adalah tinggi dan itulah yang dia berikan dalam filem ini,” katanya. 

Shadan menegaskan bahawa Jerangkung Dalam Almari adalah sebuah karya yang realitinya cukup dekat di hati masyarakat apabila turut menyelitkan elemen tahyul.

“Amalan khurafat sudah sebati dengan segelintir masyarakat kita malah ia berlaku dalam hidup bangsar lain.  Dek kerana itulah penonton suka menonton filem seram dan tidak pernah jemu dengan genre ini.  

“Cuma, Jerangkung Dalam Almari menyaksikan pendekatan yang berbeza pada pada penceritaan, garapan dan persembahannya. 

“Satu lagi tarikan filem ini adalah hantu jerangkung itu sendiri. Malah, filem ini turut menyelitkan elemen thriller. Kita turut menggunakan lagu 'Jerangkung Dalam Almari' sebagai lagu tema," katanya. - Getaran, 16 November 2021

Gambar: Facebook Jerangkung Dalam Almari

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN