web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Diva Popular': Erma & Ogy Bergaduh Lagi?

Kecoh lagi! Gelagat diva-diva Erma Fatima dan Ogy Ahmad Daud kembali menggegarkan kaca TV anda.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 2:20PM

Gambar: Tim Produksi 'Diva Popular'

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umum mengetahui percakaran antara dua 'Diva Popular,' Fauziah (Ogy) Ahmad Daud dan Erma Fatima pernah meletus di era 90-an sehinggakan kontroversi mereka pernah diadaptasikan menerusi telefilem bertajuk Pengantin Popular pada 1994.

2021, kisah persengketaan ini berterusan hingga ke generasi kedua dalam drama 21 episod bertajuk 'Diva Popular' arahan Rashid Sibir dan skripnya ditulis oleh Erma Fatima sendiri. Drama yang bakal ditayangkan bermula Februari ini menampilkan Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Ben Amir, Syafiq Kyle selain Erma Fatima dan Ogy. 

Gambar: Tim Produksi 'Diva Popular'
Gambar: Tim Produksi 'Diva Popular'

 

‘Pergaduhan’ Ogy dan Erma dijangka bakal meletus!

Tiz Zaqyah memegang watak sebagai Ika Natelia, seorang pelakon yang popular dan sering mendapat anugerah pelakon wanita popular. Walaupun Ika sering mempunyai masalah disiplin sepanjang kariernya, namun penerbit tetap mahukan Ika dek popularitinya. 

Norm Sham, watak yang dilakonkan oleh Ogy pula adalah ibu kepada Ika. Norm adalah seorang primadona yang  telah banyak memenangi anugerah pelakon wanita terbaik. Seorang yang bersuara lantang dan meletakkan harapan agar anaknya, Ika juga akan menjadi seperti dia, namun Ika bukanlah seperti yang diharapkan. 

Nabila Huda pula memegang watak sebagai Erma Erika. Dia pelakon yang berbakat tetapi terlalu mengikut emosi. Erma dipaksa menjadi pelakon kerana ibunya, Dato Erna Martopo (Erma Fatima) meletakkan harapan kepadanya kerana dia tidak pernah memenangi apa-apa anugerah walaupun semua filemnya pecah panggung semasa zaman mudanya.

Gambar: Tim Produksi 'Diva Popular'
Gambar: Tim Produksi 'Diva Popular'

Norm (Ogy) dan Dato Erna (Erma Fatima) adalah musuh tradisi yang selalu bersaing. Bukan itu sahaja, mereka juga pernah berebut seorang lelaki yang sama suatu ketika dahulu. Oleh kerana mereka mempunyai sejarah yang tidak baik, permusuhan mereka turun pula kepada anak mereka berdua. 

Gara-gara kemunculan Syahiwan Afil (Ben Amir), pertelingkahan dan perebutan antara Ika Natelia dan Erma Erika telah tercetus sehingga melibatkan kekecohan kedua ibu mereka. Kemunculan istimewa Azwan Ali, Kaka Azraff, Usop dan Iqram Dizly juga dijangka bakal memeriahkan drama ini dengan pelbagai kejutan dan aksi spontan.

Nantikan 'Diva Popular' Februari ini, setiap Isnin hingga Rabu, jam 8 malam melalui saluran 112, MyTV. Ulangsiar boleh ditonton di YouTube rasmi dan laman sesawang Awesome TV, www.awesometv.my - Getaran, 29 Januari 2021  

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN