web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Episod Kedua LCK3 Raih 3.2 Juta Tontonan, Sohor Kini Di Twitter! 

Biarpun gagal memberikan persembahan terbaik, pasangan Syafeek dan Zazo serta Norman dan Hazreen telah diberi peluang oleh dua juri tetap, Ajai dan Mas Idayu mara ke peringkat seterusnya. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 4:40PM

Dari kiri, Pasya dan Puteri, Achik dan Maria serta Malhamka dan Yuveena menyerlah dalam episod kedua.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gelagat lima pasangan yang berentap pada episod kedua program Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) pada malam Ahad lalu, menjadi bualan hangat di platform media sosial sehingga sohor kini (tangga kelima) Twitter serta berjaya meraih 3.2 juta tontonan. 

Kelima-lima pasangan ini adalah Malhamka dan Yuveena (Ikhmal Hamka dan Yuveena Gunainthran), Achik dan Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul), Pasya dan Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza), Syafeek dan Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli) serta Norman dan Hazreen (Norman Hafizi dan Hazreena Amreena). 

Malhamka dan Yuveena menyampaikan lagu 'Cinta Luar Biasa'.
Malhamka dan Yuveena menyampaikan lagu 'Cinta Luar Biasa'.

Malhamka dan Yuveena memulakan persembahan dengan lagu 'Cinta Luar Biasa' nyanyian asal Admesh Kamaleng. Walaupun persembahan Malhamka kurang menonjol kerana baru sahaja kematian ayahanda tersayang sebulan lalu, keserasiannya dengan Yuveena yang berdarah kacukan Cina dan India berjaya membantu mereka mara ke peringkat seterusnya. 

Pasangan Achik dan Maria membawakan lagu 'Risalah Hati' (Dewa 19), manakala Pasya dan Puteri tampil dengan lagu 'Dealova' (Once Mekel). Persembahan Pasya dan Puteri mendapat pujian dua juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu. 

Achik dan Maria
Achik dan Maria

Namun, pasangan Syafeek dan Zazo dengan lagu 'Canggung' (Wani Hasrita) serta Norman dan Hazreen yang mempersembahkan lagu 'Gundah' (Ernie Zakri) dilihat gagal mencantumkan pentas serta memberikan persembahan yang baik.

Syafeek dan Zazo (kiri) serta Norman dan Hazreen (kanan)
Syafeek dan Zazo (kiri) serta Norman dan Hazreen (kanan)

Namun, kegigihan setiap peserta membuatkan kedua-dua juri tetap lembut hati dan memberi peluang kepada mereka untuk terus beraksi dengan lebih bersemangat untuk episod seterusnya.

LCK3 diketuai Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Mohd Kassim (penerbit eksekutif)  dan Muhammad Saiful Bin Saharudin (penerbit). 

Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam boleh terus strim live HD di www.tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia Official. - Getaran, 10 November2021


Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN