web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menyamar Demi Duit Dalam ‘Keluarga Untuk Disewa’

Empat individu yang tidak mengenali satu sama lain telah diupah untuk menyamar sebagai ahli keluarga seorang kanak-kanak yatim piatu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 10:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Slot Diandra TV9 menampilkan drama bersiri terbaru iaitu ‘Keluarga Untuk Disewa’ yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam bermula 2 November lalu. 

Drama bersiri 20 episod terbitan Eleven Field Creative Sdn Bhd ini diarahkan oleh Raja Mukhriz R Ahmad Kamaruddin manakala skripnya pula ditulis Ellyna Ahmad dan MF Kencana.

Ia dibintangi pelakon handalan tanah air iaitu Adibah Noor, Fifi Laura Olivia, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Pekin Ibrahim, Fimie Don, Afifah Nasir dan ramai lagi. 

Drama ini mengisahkan Aina lakonan bintang cilik Fifi Laura Olivia kehilangan keluarganya dalam nahas jalan raya. Neneknya, Puan Sri Maryam (Adibah Noor), ikon wanita yang sangat disegani di Melaka berduka dengan kematian anak tunggalnya, Marissa. Hanya cucu bongsunya, Aina yang terselamat dan berada dalam koma. 

Selepas Aina sedarkan diri, doktor mengesahkan Aina hilang ingatan dan perlukan perhatian keluarga untuk cepat sembuh.

Sabaruddin (Pekin Ibrahim) yang merupakan pembantu peribadi Puan Sri Maryam mencadangkan agar mencari keluarga olok-olok untuk Aina supaya anak kecil ini rasa disayangi. 

Pada mulanya Puan Sri Maryam menolak cadangan itu. Namun, apabila Aina mula bertanya di mana keluarganya, Puan Sri Maryam berapa tidak sampai hati lalu mengupah empat individu untuk menyamar sebagai ahli keluarga Aina iaitu Marissa (ibu), Azman (ayah), Hisham (abang) dan Anis (kakak).

 Alwi  lakonan Azhan Rani banyak berhutang, Intan (Dynas Mokhtar) pula ibu tunggal yang mencari rezeki dengan menyanyi di kelab malam manakala Fikri (Fimie Don), remaja bermasalah yang lari dari rumah dan Nora (Afifah Nasir) terpaksa menyara adik-adiknya setelah kematian ibu bapa. 

Walaupun mereka sangat berbeza dari segi rupa, saiz dan perwatakan keluarga sebenar Aina, Puan Sri Maryam terpaksa pejam mata kerana terdesak. 

Alwi, Intan, Fikri dan Nora menerima tawaran itu kerana gaji bulanan yang lumayan dan ada bonus di hujung kontrak. Mereka berusaha menyesuaikan diri meski kekok dan cuba sebaik mungkin untuk mewujudkan kemesraan serta keharmonian persis sebuah keluarga bahagia. 

Tanpa diduga, Aina menjadi rapat dengan keluarga sewanya. Pelbagai isu dan permasalahan timbul sepanjang Alwi, Intan, Fikri dan Nora berlakon menjadi keluarga Aina. Apakah yang akan berlaku seterusnya? 

Jangan ketinggalan menonton kesudahan drama menarik ini hanya di TV9. - Getaran , 4 November 2021.

Gambar: TV9

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Janji Happy’ Tawar Wang Tunai Sehingga RM9,000

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN