web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Platform Penstriman Mola Kini Di Malaysia!

Platform Over-the-Top , Mola menawarkan pelbagai kandungan termasuk rancangan muzik, hiburan dan filem yang lebih interaktif.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 3:37PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita tidak boleh menidakkan kehadiran platform penstriman yang kini mendominasi dunia. Apalagi di era digital ini, ia menjadi pilihan utama pengguna. Kini, platform Over-the-Top (OTT) terbesar di Asia Tenggara, Mola hadir mengumumkan pelancarannya di Malaysia dengan gandingan rakan kongsi tempatan. 

Mola menawarkan kandungan muzik, hiburan dan filem yang premium. Ia memberi tumpuan kepada interaksi sosial, iaitu penonton boleh membuat permintaan lagu dalam acara konsert yang dijalankan secara langsung. Bukan itu sahaja, dalam program wawancara pula, penonton berpeluang bertanya soalan kepada selebriti terkenal semasa siaran. 

Ketua Pegawai Eksekutif Mola, Mirwan Suwarso
Ketua Pegawai Eksekutif Mola, Mirwan Suwarso

“Selain kandungan yang unik, kami juga memperkasakan komuniti untuk mengembangkan kemahiran, bakat serta pengetahuan mereka dalam industri muzik dan sukan melangkaui sempadan geografi untuk berjaya di peringkat antarabangsa. 

“Kami mahu menjadi sebahagian daripada komuniti, itulah sebabnya kami begitu fokus untuk menghasilkan rancangan dan aktiviti yang bukan sekadar menghiburkan penonton,” kata wakil rasmi Mola, Mirwan Suwarso. 

Menyingkap rancangan secara langsung, platform ini hadir dengan 'Mola Chill Fridays' menampilkan pemuzik terkenal seperti Kehlani, Seal dan Charlie Puth, di mana penonton boleh berinteraksi dengan penghibur dan meminta lagu. Mola memiliki label rakamannya sendiri yang melantik bakat baharu terkenal menerusi aktiviti-aktiviti media sosialnya. 

Rancangan bual bicara interaktif 'Mola Living Live' menampilkan selebriti terkemuka termasuk Francis Ford Coppola, Michael Douglas, Gary Vaynerchuck, Mike Tyson, Susan Sarandon, Sharon Stone dan John Travolta. 

Penonton di rumah dijemput mengemukan soalan kepada selebriti ketika mereka berkongsi pengalaman hidup mereka dengan audiens. Antara selebriti terkenal yang akan menyerikan rancangan bual bicara tersebut adalah Alec Baldwin, Jude Law dan Sylvester Stallone.

Selain menarik perhatian penonton menerusi penstriman, Mola juga berusaha untuk menyokong produk komuniti. Di Malaysia, dengan sokongan daripada rakan kongsi tempatan iaitu Datuk Azrin Mohd Noor, Mola akan bertindak sebagai platform kandungan media setempat bukan sahaja untuk penonton tempatan tetapi juga membawanya ke peringkat antarabangsa.

Pelancaran Mola adalah tepat pada masanya memandangkan jangkaan peningkatan dalam penembusan isi rumah negara bagi Video Langganan atas Permintaan (SVoD) didorong oleh peningkatan penggunaan platform perkhidmatan video OTT.

Peluasan pasaran syarikat itu juga meliputi Singapura, United Kingdom dan Itali mengambil kesempatan dari pertumbuhan pasaran OTT dunia yang tinggi.

Sempena pelancaran Mola di Malaysia, pelanggan baharu yang berdaftar akan diberikan langganan percubaan percuma selama sebulan dan bulan berikutnya hanya perlu membayar kadar rata RM34.99. Mola boleh diakses melalui aplikasi Mola atau di laman webnya di www.mola.tv. - Getaran, 3 November 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Peroleh Komitmen Pelaburan Bernilai RM8.3 Bilion Semasa Minggu Teknologi London - Fahmi

2

TARA 3 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

3

TARA 3 tahun yang lalu

Puma Lancarkan Koleksi Baru Raya Buat Julung Kali Di Asia Tenggara

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Indonesia Digesa Siasat Dalang Serangan Bom Disasarkan Kepada Wartawan JUBI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN