web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Barbarian Invasion’ Rungkai Persoalan Tentang Diri

'Barbarian Invasion' guna falsafah yang terkandung dalam seni kung fu bagi menjawab persoalan tentang siapa kita dan ketidakpastian dalam hidup yang menghantui diri manusia.  

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 9:12PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda berada di persimpangan dilema dan mula berasa tidak pasti dengan tujuan hidup sehingga mula mempersoalkan siapa sebenarnya diri anda?  

Adakalanya kita tidak akan mampu menemui jawapannya apabila tiada kekuatan serta keyakinan diri. Ada ketikanya, kita buntu apabila persoalan itu membawa kita kepada persoalan demi persoalan yang lain. 

 Perkara sebegini jarang sekali diketengahkan dalam filem. Selaku sutradara yang peka dengan isu sosial, Tan Chui Mui telah mengangkat persoalan ini dengan pendekatan cukup menarik dalam filem terbaharu arahannya, Barbarian Invasion'

Tan Chui Mui
Tan Chui Mui

Menarik kerana dia turut memaparkan elemen seni pertahanan diri kung fu dalam filem drama aksi itu. Akan tetapi elemen ini bukan diselitkan bagi menggambarkan genre aksi semata-mata tetapi falsafah di sebaliknya yang akhirnya membantu watak utama iaitu aktres Moon Lee untuk meneruskan hidup dan kembali semula dalam dunia lakonan.  

Moon Lee dilakonkan sendiri Chui Mui dan dia nampak selesa membawakan watak itu. Malah, dia berjaya buat kita percaya seolah-olah dia memang pernah berdepan dengan persoalan yang menjadi subjek utama filem ini dalam hidupnya. 

Roger Woo (Pete Teo) yang sebelum ini pernah mengarah filem-filem lakonan Moon Lee berusaha membantu aktres itu menemui semula kekuatan dan keyakinan diri dengan menjadikannya bintang utama filem aksi, Kung Fu

Siapa yang menonton filem in pasti akan memuji keserasian Tan Chui Mui dan Pete Teo yang menghidupkan watak masing-masing dengan penuh bersahaja. 

Filem ini juga mempunyai plot twist tidak dijangka dan sarat dengan aksi mendebarkan. Bahkan, Chui Mui telah memperlihatkan kebolehannya dalam menguasai seni pertahanan diri. 

Ia cukup mengujakan dan rupa-rupanya, selama 10 tahun tidak mengarah filem Chui Mui telah mempelajari seni kung fu.  

Aktor Bront Palarae yang melakonkan watak Julliard, bekas suami Moon Lee pula hanya muncul di separuh akhir cerita. 

Selepas bersetuju untuk bergandingan dengan Moon Lee dalam filem terbaharu arahan Robert, dia telah memegang watak sebagai Adnan iaitu pemuda Terengganu yang membuka kedai membaiki komputer. 

Watak ini sebenarnya tidaklah begitu mencabar buat Bront, namun kehadirannya dalam Barbarian Invasion tetap memberi impak. Malah, agak seronok juga mendengar Bront bercakap dalam dialek Terengganu. 

Babak akhir filem ini juga cantik dan sangat penting kerana ia menjawab segala persoalan Moon Lee yang selama ini tidak terjawab.

Sungguhpun begitu, filem ini ada kelemahan dari sudut perkembangan  watak Moon Lee dan anaknya, Yu Zhou lakonan aktor cilik, Nik Hadiff Hadi. Moon Lee bercakap dengan Yu Zhou dalam Bahasa Malaysia pada setiap masa.  

Adakah Julliard, bapa kepada Yu Zhou berbangsa Melayu? Atau dia mungkin dari etnik peribumi Sabah atau Sarawak? 

Moon Lee dan anaknya, Yu Zhou
Moon Lee dan anaknya, Yu Zhou

Seperkara lagi, sebelum berlakunya plot twist, Moon Lee memberitahu Robert bahawa dia mahu pulang kerana tidak setuju digandingan dengan bekas suaminya dalam filem itu. Tidak ada establishment dilakukan terhadap adegan itu.  

Tajuk filem ini juga mengundang tanya-tanya. Siapakah Barbarian? Adakah kewujudan Yu Zhou itu dianggap sebagai 'Barbarian' yang mengubah pemikiran dan kehidupan Moon Lee sebagai seorang aktres? 

Sebagai pengarah yang dikenali dengan filem yang bergerak perlahan, Barbarian Invasion terbitan Da Huang Pictures juga bergerak dengan kadar yang sama. Namun, memang itu signature Chui Mui dan dia sendiri yang menulis skrip serta lakon layar filem ini. 

Apapun, kemunculan filem baharunya ini memang dinanti kerana sudah sedekad Chui Mui tidak duduk di kerusi pengarah.

Barbarian Invasion juga telah berjaya merangkul trofi Juri Grand Prix di Golden Goblet Awards, yang merupakan sebahagian Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-24 (SIFF). 

Sebelum ini, Mui Chui banyak mengarah filem pendek seperti A Tree In Tanjung Malim (2005), Love Conquers All (2006), Company Of Mushroom (2006), South Of South (2006) dan sebuah filem cereka,Year Without A Summer (2010). 

Rating: 3 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN