web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zebra Studio Sedia RM100 Juta Bikin 12 Filem Setahun! 

Dengan peruntukan RM100 juta untuk menghasilkan 12 filem dalam tempoh 24 bulan, ia bakal memberi peluang pekerjaan kepada 600 hingga 800 tenaga produksi dan 120 pelakon.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 5:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menghasilkan 12 filem dalam tempoh 24 bulan dengan anggaran RM100 juta ringgit! Itulah perancangan yang dicapai Zebra Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment menerusi perjanjian usahasama mereka yang telah pun termeterai baru-baru ini. 

Pengasas dan Pengarah Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, secara purata RM5 juta hingga RM10 juta akan dibelanjakan untuk membuat setiap filem bergantung pada keperluan produksi filem tersebut.

Dari Kanan: Sara, CL Hor dan Datuk Jared Lim
Dari Kanan: Sara, CL Hor dan Datuk Jared Lim

Manakala,  dianggarkan 120 pelakon dan 600 hingga 800 kru produksi akan terlibat sepanjang pembikinan 12 filem terbabit.  

Setiap filem pula akan dibintangi dua hingga 10 pelakon utama dan pelakon sokongan untuk menghidupkan setiap peranan. 

"Semua orang dalam industri hiburan berpeluang menyertai sebahagian daripada 12 filem bergantung pada keinginan mereka untuk berlakon dan ikut watak yang dikehendaki. 

Sesiapa sahaja berpeluang untuk mencuba terutamanya pelakon baharu yang sedang memburu kejayaan dan mahu memperkukuhkan kedudukan dalam industri lakonan.

“Pelakon veteran dan popular juga berpeluang mengembangkan karier lakonan mereka ke pasaran antarabangsa menerusi 12 filem ini,” katanya. 

Sara
Sara

Menurut Saraleana atau Sara, pihaknya akan membuat uji bakat terbuka dua bulan sebelum penggambaran bermula. Uji bakat terbuka  yang pertama bermula Oktober ini untuk filem seterusnya. 

“Zebra Studio akan menguar-uarkan mengenai ujian terbuka ini menerusi media sosial kami dari semasa ke semasa. 

“Jadi, pastikan untuk mengikuti @zebrastudiomy di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan maklumat setiap uji bakat yang kami adakan nanti,” katanya. 

Kesemua 12 filem yang bakal Zebra Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment ini terdiri daripada pelbagai genre seperti komedi, aksi, drama, percintaan, filem berkala dan banyak lagi. Setiap filem akan menjalani penggambaran selama 20 hingga 35 hari. 

Tambah Sara lagi, pihaknya juga merancang untuk berkolaborasi dengan pihak media untuk memaparkan lebih banyak berita hiburan menarik tentang produksi filem yang bakal mereka terbitkan. 

“Kami akan membenarkan wartawan hiburan dari pelbagai platform untuk berada di  lokasi penggambaran setiap filem bagi membuat liputan. Kami juga akan mengatur wawancara khas bagi tujuan penerbitan sama ada untuk akhbar, majalah, radio, stesen TV atau platform dalam talian. 

“Bagi produksi antarabangsa pula, kami ingin mempromosikan media tempatan dalam pembuatan filem kami. Misalnya, menemuramah wartawan untuk berkongsi pendapat mereka mengenai pembikinan filem kami yang akan dimuatkan dalam segmen di sebalik tabir setiap produksi penggambaran.

"Dengan ini, kami berharap ia akan dapat membantu mengetengahkan lebih ramai bakat Malaysia untuk mendapat penghargaan global,” katanya. 

CL Hor
CL Hor

Pengarah Bersama Zebra Studio yang telah memenangi anugerah antarabangsa, CL Hor berkata, pihaknya akan memberi peluang kepada mana-mana pengarah dan pengeluar untuk bekerjasama dengan mereka  bagi membantu meningkatkan industri kreatif serta produksi negara ini. 

“Kami mahu menyatukan semua orang dalam industri hiburan dan membantu pelakon tanpa mengira bangsa dengan memberi mereka peluang mengembangkan kreativiti untuk tontonan  antarabangsa yang lebih luas melalui 12 filem ini,” katanya. - Getaran, 26 Oktober 2021

Gambar: Zebra Studio 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN