web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zebra Studio Dan Tremendous Entertainment Berkolaborasi Hasilkan 12 Filem Cereka

Meletakkan sasaran untuk menjadi pengeluar filem terbesar Malaysia pada 2022, Zebra Studio dan Tremendous Entertainment berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula industri perfileman tempatan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 11:15AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menghasilkan 12 konten dalam tempoh dua tahun! Itulah matlamat Zebra Studios dan Tremendous Entertainment dalam usaha membaik pulih industri perfileman tempatan yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19. 

Ia bukan sahaja memberi dorongan kepada industri filem dan produksi tempatan untuk bernafas semula serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada pekerja seni filem, bahkan ia juga suatu usaha untuk membawa kandungan Malaysia ke peringkat antarabangsa. 

Sehubungan itu, Zebra Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment telah menandatangani perjanjian usaha sama multifilem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang. 

Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim berkata, Tremendous Entertainment adalah syarikat terkemuka dalam penghasilan konten hiburan untuk ruang pementasan dan media hiburan. 

Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim
Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim

“Dengan kekurangan konten hiburan secara langsung disebabkan pandemik, kami telah mengambil kesempatan ini untuk memberikan sepenuh fokus kepada industri media dalam tempoh 18 bulan ini.

“Penghasilan filem-filem dengan Zebra Studio adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih eksponen di Malaysia untuk menghasilkan konten filem bertaraf antarabangsa,” katanya. 

Jelas Jared lagi, perjanjian ini adalah salah satu daripada usaha untuk mencapai visi mereka  ke arah pendigitalan apabila mereka mula beralih daripada acara ‘stage-play’ kepada kandungan media digital, disusuli dengan filem. 

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan CL Hor dan Saraleana Nattaya Azmi dari Zebra Studio untuk menghasilkan filem-filem ini dan mempamerkannya kepada dunia. Kami percaya bahawa kandungan yang dihasilkan Malaysia berpotensi tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” katanya. 

Pengasas, Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi atau Sara berkata, Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa tajuk hiburan paling terkenal di dunia. 

“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan, yang membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global.

“Kami mahu raih perhatian pasaran antarabangsa dengan filem dialek khas serta seni dan budaya Malaysia sambil memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,’ katanya. 

Pengasas, Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi
Pengasas, Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi

Menurut Sara lagi, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor dan empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. 

“Selain itu, akan ada tiga filem tempatan berbahasa Inggeris yang akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea Selatan, China, Indonesia, India dan banyak lagi . 

“Filem pertama daripada 12 filem telah disiapkan dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan September 2021. 

“Pembikinan filem kedua ini akan diketuai pengarah CL Hor yang telah memenangi anugerah antarabangsa serta pernah mengarahkan filem seperti Kinta 1811 atau For Dragons, Haq dan The Loan Shark,” katanya. 

Pengarah, CL Hor
Pengarah, CL Hor

Jelas Saraleana, Zebra Studio mempunyai ekosistem pengeluaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini mulai dari kemudahan audio hingga pos dan VFX.

Bersinergi dengan pasukan kreatif yang mahir daripada Zebra Pixel yang diketuai Penyelia VFX Hollywood Jae Cheol Hong, Zebra Studio dan Pixel dapat memperkayakan lagi kandungan filem Malaysia melalui penghasilan dan konseptualisasi kandungan inovatif di platform media tradisional dan baru.

Sementara itu, pengarah CL Hor berkata, ini adalah kali pertama sebuah kolaborasi produksi multifilem tempatan berlaku di industri filem Malaysia.

“Dengan inisiatif ini, kami ingin memberikan harapan dan sokongan kepada rakan-rakan industri semasa wabak ini merebak dan konsep saya adalah untuk membawa kandungan tempatan untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa dan menjadikan Malaysia tempat untuk menghasilkan kandungan antarabangsa,” katanya. - Getaran, 7 September 2021


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Saya Teringin Kolaborasi Bersama Nuha, Naufal - Rizky Febian

2

TARA 3 tahun yang lalu

Fazley Angkat Hidangan Popular Malaysia Bersama Starbucks Malaysia

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Mia Lateefa Dan Ismail Izzani Bergabung Dalam 'Kau Tahu', Cipta Dunia Khayalan Mereka Sendiri

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Saya Pernah Lalui Kontroversi Yang Lebih Teruk Dari Ini” – Ning Baizura Kekal Positif

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN